NiKmAt vs IsTiDrAj

5/25/2009 11:27:00 AM 0 Comments »
Satu artikel yang telah ku baca menarik perhatianku untuk berkongsi bersama sahabat-sahabat semua.. antara nikmat dan istidraj yang sering kita tidak sedar tentang kewujudannya.. kadang-kadang membuatkan kita terus terleka hidup di dunia sementara ini..

Rumah itu cantik, lamannya besar, diisikan pula dengan banyak bilik. Di anjungnya terdapat beberapa buah kereta. Tiap satunya dilimpahkan duit berjuta untuk dimiliki. Sebut sahaja jenis mana yang mahu dipandu, pasti tersadai di anjung istananya yang gah itu. Pemiliknya mempunyai banyak kilang serta wang yang bila diminta pasti akan diterima setiap masa.

Sesekali is keluar membeli belah, pernah beberapa ekor ikan sahaja dibeli hampir RM10 ribu dihabiskan. Siang malamnya dipenuhi dengan hiburan, arak sudah pasti mejadi tegukan. Pendek kata, hiduplah keluarga ini dengan segala kemewahan. Tidak pernah dek kekurangan makanan, tidak pernah kekurangan pakaian, malah berlebih-lebihan pula. Anak-anaknya tidak pernah diajar kenal tikar sembahyang, tidak pernah diendahkan tentang agamanya. Isterinya dibiarkan sebebas-bebasnya untuk membuka aurat, bergaul dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada sedikit pun rasa cemburu. Hairan, entah di mana letaknya sensitiviti kerana tiada masa untuk memikirkan semua itu melainkan disibukkan dengan perniagaannya yang semakin maju.

Hatinya megah dengan segala kurniaan yang dimiliki. Mengecap dan menggunakan segala kurniaanNya tanpa memikirkan dari siapa dia mendapatinya. Siang dan malam disibukkan dengan mencari rezeki, lupa pula hal ehwal akhirat. Lupa dari mana dia datang, lupa untuk apa dia hidup, lupa untuk memberi sedekah dan membayar zakat. Paling parah, dia lupa akan nikmat sebenar dan natijah hidupnya yang menanti di akhirat kelak.

Yang sedihnya, bila mereka menerima setiap kurniaan tanpa ungkapan syukur pada yang Hak. Yang pedihnya, bila mereka kenyang disaat saudara seagama lein merintih kelaparan. Yang malangnya, mereka merasakan mereka berhak mengecapi semua itu kerana usaha gigih mereka, bukan kerana sifat ARRAHMANNYA. Yang sayangnya, mereka lupa untuk berbagi-bagi pada yang memerlukan. Yang ruginya, kerana mereka telah dihiaskan bahawa dunia ini indah dan hanya mereka yang pandai menikmatinya sahaja yang akan bahagia seolah-olah akhirat itu hanya satu janji yang tidak pasti. Persoalannya, bahagiakah mereka..??? Tenangkah hati mereka..???

Terkadang ada orang bertanya mengapa orang yang baik, betul jalannya, lurus hatinya, dicuba dan diuji dengan Allah. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sudahlah susah, diuji dengan kesakitan dan kesempitan. Orang yang kaya raya tidak ingat Allah bahkan zalim diberi kesenangan, diselimuti dengan kebahagiaan walaupun semakin bertambah-tambah dosanya. Lalu ditanya kepada orang-orang yang lebih alim dan wara' : "Di manakah letaknya keadilan Allah, wahai tuan yang bijaksana?."

Sesungguhnya, pandangan manusia memerhatikan yang cantik itu baik, yang kaya itu bahagia, yang sihat itu senang tanpa ketahui apa nilaian dari sudut pandangan Ilahi. Tidak ramai yang tahu bahawa berapa ramai orang yang zalim, hatinya berkeluh kesah memikirkan tentang musuhnya yang bertambah. Berapa ramai pula orang yang cantik diburu orang serta dipergunakan untuk pelbagai kepentingan, lalu setelah diperolehi kecantikan dan laba darinya, madu itu hilang dan sepahnya dibuang. Sia-sia dan hanya digunakan untuk mengaut keuntungan. Alangkah sedihnya..!!!

Wahai diri yang sering lupa, mungkin terkadang hatimu memikirkan kesusahan. Kala itu lidah tidak putus-putus berdoa, berharap agar segala kesusahan itu dileraikan dengan sifatNya yang Maha Bijaksana. Mencari kekuatan agar hati tetap di jalan-Nya. Agar langkah tidak tersasar dari redhaNya.

Saat itu, jalan terus kehadapan serta selalu bersangka baik. Namun, manalah tahu ada ketikanya berburuk sangka juga pada Allah. Memikirkan Allah tidak mungkin ingin memandang diri, tidak mahu mengabulkan doa diri. Rasa ditolak Allah kerana sering tidak bernasib baik di dalam hidup. Tapi ingatlah wahai diri, orang yang beriman semakin kuat imannya, makin beratlah ujian yang harus ditanggung. Sedarlah diri, bahawa setiap jiwa yang beriman tidak mungkin akan berputus asa dari rahmatNya. Siapalah kita untuk mempertikaikan ketentuanNya??? Layakkah kita untuk mencampuri urusan kerajaanNya???

Firman Allah swt dalam Kitab AgungNya sepanjang zaman bermaksud :

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah berikan sedangkan mereka tidak akan diuji. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta." (al Ankabut:2-3)

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang bersabar." (al Baqarah:155)

Sesungguhnya nikmat itu wahai diri, yang tenang dan bahagia biarpun dalam kesempitan. Yang nafasnya tidak sesak dan buta dengan kelapangan dunia. Bila diri dilimpahkan kemewahan, nafsunya tidak tamak dan alpa. Kerana bukan nafsu yang memandu akalnya, tetapi akal yang memandu jalan dan hatinya. Betapa nikmatnya ujian ini..!!!

Tentang diri orang yang zalim yang mengumpulkan dosa, jangan risau keadaannya. Walaupun disebalik kezaliman hidupnya nampak tenang dan aman. Mungkin itulah yang dinamakan istidraj dan bukannya nikmat seperti yang disangkakan. Bukanlah mereka itu selama-lamanya diberi kesenangan yang menipu itu, bahkan ia diberi tangguh supaya dosanya semakin bertambah-tambah.

Wahai diri...Mudah mudahan engkau tidak akan termasuk di dalam golongan ini. Kerana aku pasti, diri juga pasti tidak ingin dicampakkan ke dalam gaung istidraj. Benarlah, Allah hanya memberikan ujian dan dugaan kepada hambaNya yang mampu sahaja. Dan disebalik nikmat dan ujian itu, tersimpan seribu satu rahmat yang tidak pernah terlintas di fikiran kita.

Kisah Firaun dan Hamman perlu dijadikan ikhtibar, lihatlah apa yang disebutkan Allah yang bermaksud:

"Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) secara yang tidak mereka sedari. Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencanaKu amat teguh." (al A'raf:182-183)

"Mata tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka akan terdiam berputus asa. Maka orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam." (al An'am:44-45)

menjadi muhasabah diri ku ini yang sering alpa.. semoga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain.. insyaAllah..
wallahu a'alam..

.:: permatahati ayahandabonda ::.

mengujiku.. :)

5/19/2009 06:12:00 AM 0 Comments »


Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas adalah minggu terakhir untuk second exam ku.. 11, 12 dan 13 adalah tarikh untuk imtihan thani yang berbaki.. 11 hari bulan adalah subjek Bahasa Jerman.. 12 haribulan untuk subjek Bayan Quran.. dan 13 hari bulan pula subjek Usus Bahath...

Alkisah nya...

Imtihan yang bertarikh 12 hari bulan tu ku datang untuk imtihan dalam keadaan yang agak bersedia.. walaupun masih ada beberapa tajuk yang masih berbaki belum diingati.. ku keluar agak awal juga untuk ke dewan peperiksaan.. seperti biasa pelbagai perasaan timbul jika nak menghadapi peperiksaan ni.. huhuhuhu..

Ku beringan bersama junior ku yang sama-sama ambil subjek ini dengan ku.. juniorku pelajar syariah, Bayan Quran menjadi pilihan hatinya untuk memenuhkan subjek bebas yang boleh diambil dari mana-mana takhasus lain yang kita mahukan.. Agak kagum dengan cara pembelajarannya yang agak konsisten dan sangat tekun dalam balajar.. Perasaan segan juga turut hadir bila bersamanya..

Setibanya kami di dewan peperiksaan, tiada pelajar di dewan.. sedikit terkejut melihat keadaan dewan.. hanyak sebilangan kecil sahaja yang ada(dua atau tiga orang).. ke mana pula perginya pelajar-pelajar yang lain??? Tiba-tiba kami disapa oleh seorang pelajar Arab perempuan..

"Mafi imtihan.. doktor 3indahu mu'tamar.."

"Anjad!!! Mutaakkidah anti??" balas ku.. sedikit tidak percaya..

"wallah.. mafi imtihan.. bagul doktor lilbanat fissobah.." jawab sahabat Arab tadi..

"ba3din, imta imtihan?" soal ku lagi..

"yaumul khamis mumkin.. insyaAllah.." balas Arab tadi, dan berlalu meninggalkan kami..

hmm, sedikit syukur juga muncul dalam diri kerana masih ada subjek yang berbaki belum ku ingati.. :-) senyum meleret... tapi, masih dalam keraguan.. ku mengajak juniorku tadi untuk ke bilik doktor untuk memastikannya.. doktor tak wujud di biliknya.. kami pulang ke sakan masing-masing..

Hari yang dinantikan seterusnya.. persiapan kali ini insyaAllah, lebih berkeyakinan untuk menjawab imtihan.. ku langkah terus bersemangat ke dewan peperiksaan.. debar masih ada.. :) di dalam perjalanan tiba-tiba tangan ku ditarik oleh seseorang.. Mona (sahabat China) yang sama-sama ambil subjek Bayan Quran dengan ku dan sentiasa duduk di sebelahku setiap kali muhadharah subjek ini..

"mafi imtihan.." dengan muka yang agak tension.. Mona kata kepadaku..

"hah, mafi imtihan?? lesy??" soal ku..

"ma ba3rif.. la uhib hakaza.." jawab Mona..

ku mengajaknya untuk temanku tetapi dia nampak keletihan dan meminta izin untuk pulang ke sakan.. ku teruskan langkahku ke dewan.. di luar dewan nampak sekumpulan syabab melayu di luar dewan dan mataku terpandang seorang dari mereka yang sama-sama ambil madah dengan ku.. terus dia ku tanya.. hanya gelengan kepala yang dibalas.. ku masuk ke dalam dewan yang lengang.. ku terus ke belakang tanya pada kawan-kawan arab.. jawapan yang sama ku dapat dengan hari Selasa yang lalu.. doktor ada mu'tamar.. kesedihan mula menyelubungi ku.. ku tahan air mataku..

Dugaan yang belum pernah ku lalui sepanjang ku di sini.. mungkin Allah mahu mengujiku.. ku berlalu longlai balik ke sakan.. telefon bimbit ku capai terus mendail ibuku dan menceritakan segalanya.. ketika itu air mataku tak terbendung lagi.. banyak nasihat dan kata-kata semangat yang telah diberikan.. terima kasih ibu..

Ahad adalah kemungkinan imtihan tersebut akan berlangsung.. ku langkah agak longlai ke dewan peperiksaan.. setibanya di sana, ku agak terkejut bila keadaan dewan masih lengang.. nak menangis pun ada juga ketika itu.. tapi, ku tahan.. tiba-tiba, seorang pelajar di situ mengatakan imtihan di dewan lain.. ku lihat jam ku.. masih berbaki 1minit setengah.. dengan sedikit berlari ku menuju ke dewan yang dikatakan oleh pelajar arab tu tadi..

satu kejutan lagi yang ku dapat bilamana peperiksaan telah bermula.. pelajar-pelajar semua sudah mula menjawab soalan.. ku tenangkan diri dengan melangkah kaki kanan masuk ke dewan tersebut.. mencari kerusi yang kosong untuk ku duduk.. istighfar dan selawat sahaja zikir ku ketika itu.. dapat tempat di tengah-tengah dan depan sekali.. tiada pilihan lagi.. duduk dan menunggu doktor menghulurkan kertas..

Kertas ku dapat dengan tanganku sedikit terketar.. ku terus dengan Nama Allah mula menjawab soalan.. bila berakhir masa untuk peperiksaan, masih ada lagi beberapan soalan yang mengelirukan.. soalannya tidak susah dan berbentuk straight to the point, tetapi bila mana kita tidak mengingatkan point-point dengan sebaiknya, dia akan mengelirukan kita.. lebih-lebih lagi bila soalan objektif.. hanya Allah yang mengetahui bagaimana perasaanku ketika itu..

Ku mengambil keputusan untuk mengambil semula imtihan subjek tu.. hari ini, ku pergi berjumpa doktor.. Alhamdulillah, doktor sangat-sangat meraikan pelajar-pelajarnya walaupun ku lihat kepenatan diwajahnya.. ku bersyukur kepadaNya sekali lagi bilamana doktor membenarkan ku untuk mengulangnya pada hari khamis ini jam 12-1 petang.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan ku menjawab soalan hari khamis ini.. amiin..



.:: permata hati ayahanda bonda ::.

~..tenung dan renung..~

5/14/2009 10:35:00 AM 0 Comments »
Semoga menjadi renungan kita bersama...


* Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

* Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

* Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


* Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

* Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

* Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

* Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

* Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


* Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

* Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

* Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

* Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

* Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

* Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

* Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

* Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

* Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

* Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

* Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


* Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

* Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

* Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

* Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.


* Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

* Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

* Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

* Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.


* Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

wallahu a'alam..

.:: permatahatiayahandabonda ::.

di mana prioriti anda???

5/08/2009 01:11:00 PM 0 Comments »
8 Mei 2009.. satu forum yang menarik telah saya ikuti.. tajuk yang dibahas adalah PERSATUAN DAN MAHASISWA.. DI MANA PRIORITI ANDA???

Mengapa kita perlu berpersatuan?

Panel pertama telah menjawab dengan baik soalan itu.. Berpersatuan bukan semata-mata untuk membuat program sahaja.. berpersatuan boleh dikatakan kita mengkaji orang yang tidak suka atau kurang minat untuk berpersatuan.. bagaimana untuk kita untuk memahami fikrah kawan-kawan kita? Alhamdulillah, kita telah dianugerahkan kefahaman terhadap persatuan.. Bagaimana pula kita mahu memahamkan mereka yang kurang berminat ini? Bagaimana untuk menarik mereka supaya berpersatuan?

Salah faham terhadap persatuan kadang-kadang menjadi punca mengapa sebilangan daripada kawan-kawan kita tidak mahu berpersatuan.. sebilangan daripada mereka mengatakan bahawa dengan berpersatuan ini akan menjadikan diri mereka sedikit terkebelakang daripada yang lain.. saya tak katakan semua yang tidak minat terhadap persatuan berpendapat sedemikian, tetapi sebilangan yang berpendapat sebegitu sedikit sebanyak menggugat persatuan itu sendiri.. Adakan betul tanggapan itu???

Di manakah prioriti kita?

Antara persatuan dan akademik, manakah yang lebih anda dahulukan? Jawapannya kedua-dua adalah prioriti kita.. cuma, bagaimana kita mengaturnya.. panel kedua telah memisalkan persatuan dan akademik seperti ibu dan isteri.. kedua-duanya kita sayang.. pastikan waktu mana kita perlu aulakan diantara dua itu.. adakalanya isteri lebih penting dalan sesuatu keadaan itu.. adakalanya ketika ibu sakit, waktu itu ibu lah yang perlu diutamakan daripada isteri..

Begitu juga lah dengan persatuan dan akademik.. seiringkanlah perjalanan kedua-duanya.. Perlulah wujud sifat adil dalam diri.. adil adalah meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya.. sangat lah kita rugi sekiranya tidak mengambil peluang yang wujud di sekeliling kita ini.. rancanglah sebaik-baiknya kehidupan kita.. Gagal merancang bermakna kita telah merancang untuk gagal.. perhalusilah kedua-duanya..

Bagaimana pula kita menangani masalah ini?

Berfikir positif adalah point yang pertama daripada panel yang ketiga. Rujuk pada apa yang telah Allah sabdakan di dalam surah Al Ankabut : 2

احسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون
Adakah manusia itu menyangka mereka akan dibiarkan setelah menyatakan kami beriman sedang mereka tidak diuji.

Jadikan jawatan/taklifan itu satu anugerah dan dugaan.. Yakin dan bersangka baik pada Allah adalah menjadi kekuatan diri.. Allah mahu meletakkan sifat kental dalam diri kita.. Tanamkan bangga diri pada diri sendiri.. untuk point ini bukan maksudnya untuk meninggi diri membuta tuli tetapi pandanglah bangga diri itu sebagai pandangan motivasi.. Dan kita akan lebih berusaha untuk berpersatuan bilamana kita jadikan ini peluang kita membuat kebajikan dan melakukan amar ma'ruf nahi munkar kerana kita mempunyai sedikit kuasa.. Hadith yang sering kita dengari,

اذا رأى احدكم منكرا فليغيره بيده واذا لم يستطع فبلسانه واذا لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان
Sekiranya telah lihat seorang daripada kamu kemunkaran, maka mencagahlah dengan tangan (kuasa), dan jika tidak mampu maka dengan lidah(kata-kata), dan jika tidak mampu maka dengan hati, itu adalah selemah-lemah iman.

Seterusnya kita kongsi masalah dengan sahabat.. Jadikan stress yang kita hadapi itu sebagai booster(pendorong) untuk kita bergerak maju kehadapan.. jangan jadikan ia stress yang kronik yang mana kita pressure lagi diri kita.. itu adalah sama sekali tidak mendatang manfaat pada diri dan hanya mendapat kemudharatan.. bukan sahaja mudharat daripada diri bahkan pada akademik kita sendiri

Jagaan rapi terhadap hubungan kita dengan Allah adalah sangat penting.. Jagalah hak-hak Allah.. bila mana kita jaga hak Allah, insyaAllah kita Allah akan menjaga hak kita.. kawan-kawan juga sering berpesan pada diri bahawa, bilamana kita memikirkan masalah orang lain, insyaAllah masalah kita Allah yang akan bantu untuk selesaikan.. InnAllaha ma'ana..

Sepertimana yang saya coretkan di atas sebentar tadi, jadikan taklifan yang kita pegang sebagai batu loncatan untuk kita lebih banyak study.. ini kerana kita tidak mempunyai waktu yang banyak seperti orang lain.. Dan janganlah sesekali kita lupa untuk BERSYUKUR PADA YANG MAHA ESA..

لا يكلف الله نفسا الا وسعها
Allah tidak akan meletakkan sesuatu perkara itu melainkan sekadar yang kita mampu.

wallahu a'alam..

.:: permata hati ayah bonda ::.

BERITAHU PADA MUSLIMAH ITU…

5/07/2009 10:22:00 AM 0 Comments »

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca..

disentuh terguris..

dihantuk serpih..

dihempap berkecai…

Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata..

Cakap tinggi nanti dibenci..

Terlalu rendah dipijak pula..

Cakap sombong mengundang lawan..

Hati-hati meluah kata..

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa..

Beritahu pada muslimah itu jaga tingkahlaku..

Harga diri terletak di situ..

Jangan meluru ikut telunjuk nafsu..

Sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya..

Keturunan dicerca payah..

Menyesal kemudian bukan faedah..

Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian..

Ia cermin peribadi, juga lambing bangsa..

Di mana dan dalam keadaan macamana pun..

Biar orang kenal dia orang ISLAM..

Beritahu pada muslimah itu..

Simpan secebis malu..

Kerana malu itu sebahagian daripada iman..