hari ini di dalam sejarah hidupku..~

7/31/2009 09:02:00 AM 0 Comments »
31 Julai 2009..
hari ini di dalam sejarah hidupku..

jam ku lihat menunjukkan pukul 5pagi.. mak kejutkan ak utk pegi ke hospital ziarah arwah induk selepas menerima panggilan dari kakak ayah aku yang berjaga di hospital menemani indukku.. masih dalam keadaan mamai ku kuatkan diri bangun bersiap untuk ke hospital..

arwah indukku hampir 3minggu duduk di hospital.. hampir sama tempohnya dengan tempoh ak sampai di Malaysia.. sebelum ini dimasukkan hospital tahun lepas, masa yang sama juga ketika aku balik bercuti dan arwah memintaku menemaninya di hospital..

dini hari dalam sejarah ku melihat orang menghembuskan nafas terakhir depan mataku sendiri.. sambil kalimah syahadah dibisikkan ke telinga.. arwah indukku sendiri.. innalillahi wainna ilahi raji'un.. kullu nafsin zaaiqatul maut..

Ya Allah, Kau tempatkan lah arwah bersama-sama dengan para solehat Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah.. Kau rahmatilah dirinya Ya Allah.. Berkatilah setiap perjalanan hidupnya Ya Allah.. Hanya pada-Mu ku berserah Ya Allah..

dari mula sampai hinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir, tidak kering airmataku melihatnya.. banyak menginsafkanku dan mengingatkan ku tentang MATI itu makin hampir.. Alhamdulillah, pemergiannya sungguh tenang sekali.. bersih wajahnya.. dan ku bersyukur hanya pada-MU, arwah meninggal pada hari Jumaat, Raja segala hari.. Alhamdulillah..

Ya Allah, kau matikanlah kami di dalam agama-MU ya Allah.. matikan kami di dalam iman Ya Allah.. amiin Ya Rabbal 'Alamin..

Arwah sangat rapat dengan semua anak-anak buahnya.. sering berjenaka apabila kami berkumpul.. kenangan bersamanya sering terukir dibenakku..

Arwah meninggalkan seorang suami dan seorang anak.. Ya Allah, Kau berikanlah mereka kekuatan Ya Allah.. Kau lapangkanlah hati kami semua menerima ketentuan-MU ya Allah.. Kau campakkanlah rasa keinsafan di dalam diri setiap sanak saudaraku Ya Allah.. Hanya pada-MU ku berserah dan hanya pada-MU ku memohon pertolongan.. AMIIN...

.:: permatahati ayahanda bonda ::.

Astaghfirullah..

7/26/2009 10:27:00 PM 0 Comments »
Berderau darahku bila terbaca berita ini.. Setakat mana bantuan yang telah kita hulurkan??? Ya Allah, Kau hancurkanlah israel laknatullah ini.. Kau berikanlah kekuatan pada umat Islam untuk terus berjihad dan berjuang di mana sahaja mereka berada.. Berita yang telah ku baca..

Israel Ijinkan Berdirinya Klub Malam di Dekat Masjid Aqsa


Israel memang kurang ajar. Rezim Zionis itu memberi ijin operasi sebuah klub malam di dekat Masjid Al-Aqsa, Masjid suci ketiga bagi seluruh umat Islam di dunia. Untuk acara pembukaan, pengelola nightclub membagikan undangan gratis.

Berdirinya klub malam Israel di dekat Masjid Al-Aqsa menuai reaksi keras dari Menteri Wakaf Palestina di Gaza, Dr. Taleb Abu Sha'ar dalam pernyataannya bukan hanya mengutuk rezim penjajah Israel yang telah mengabulkan berdirinya nightclub tersebut, tapi juga mengecam undangan yang disebarkan karena bergambar para penari klub malam dengan latar belakang Kubah Batu yang menjadi ciri khas Masjid Al-Aqsa.

Abu Sha'ar mengingatkan, apa yang dilakukan Zionis Israel makin membahayakan keberadaan tempat suci umat Islam itu. Karena selain memberi iji operasi klub malam, Israel juga memberi ijin pembangunan sinagog-sinagog Yahudi di sekeliling Masjid Al-Aqsa. Rezim penjajah itu bahkan mengumumkan akan membangun sebuah desa wisata Yahudi di bawah sinagog-sinagog tersebut.

Abu Sha'ar menyerukan negara-negara Arab dan Islam agar lebih agresif mengambil tindakan untuk menyelamatkan kota Yerusalem dan kompleks Masjid Al-Aqsa dari kehancuran yang dilakukan Israel, termasuk mencegah makin meluasnya pembangunan pemukiman Yahudi di wilayah Palestina.

Israel berambisi merebut Yerusalem yang menjadi hak rakyat Palestina, dengan cara melenyapkan bukti-bukti sejarah kota itu, mengerahkan komintas Yahudi untuk menetap di Yerusalem dan merusak berbagai tempat suci di Yerusalem. (ln/pic)

transit di Kuwait...~

7/15/2009 08:15:00 AM 0 Comments »
4 tahun yang dirasakan bagaikan baru semalam tiba di airpot Queen Alia, Jordan.. kenangan manis dan pahit yang tidak dapat dan tidak akan dilupakan..

Kenangan bersama-sama di sakan.. bermula dengan tahun satu di sakan satu dan berakhir di sakan empat..

Di sakan satu, aku yang mengucapkan selamat berjuang di tanah air pada senior-senior ku.. tapi, kali ini, junior-junior yang mengucapkan padaku.. begitu rasanya selama ini.. perasaan ini tidak akan sama dengan perasaan yang lain..

15 Julai,
tarikh keramat.. aku dan kak najwa akan meninggalkan bumi jordan yang mengandungi berjuta-juta kenangan.. perasaan berbaur.. sedih.. pilu.. suka.. seronok.. bakal kerinduan.. dan pelbagai lagi perasaan yang mendatang..

Ku bernekad untuk tidak menangis di airport, Alhamdulillah, berjaya ku tahan.. huhu.. sedikit masalah dengan berat barang-barang kami, Alhamdulillah, berjaya diselesaikan tanpa sebanrang bayaran.. Alhamdulillah.. tapi, muamalat dengan arab inilah paling tidak dapat ku lupakan.. macam-macam perangai.. duit for everything.. huhu.. (minta maaf banyak2 ye arab) huhu

sebaik tiba di dalam flight, perasaan sedih dan rindu tidak dapat lagi ku bendung.. lelehan airmata bermula.. :-(

Entah bila ku terlelap.. sapaan pramugari mengejutkan ku..

"fish or chicken?"

ku dengan sedikit terkejut, terus menjawab..

"chicken." itu lah yang aku katakan pada k.najwa sebelum ku terlelap entah bila..

Alhamdulillah, sampai di hotel, rehatkan diri..
Semoga selamat sampai di Malaysia..InsyaAllah.. Ya Allah, Kau kuatkan lah hati kami..thabatkan kami di dalam perjuangn..amiin..


TERUSKAN PERJUANGAN

Sekian Lama Kita Bersama
Berkasih Bercinta Sesama Kita
Segala Dugaan Yang Menimpa Kita...
Iman Dan Taqwa Menguatkan Kita

Tiba Masanya Perpisahan Kita
Kedatangannya Mendebarkan Jiwa

( korus )
Kita Hanya Mampu Untuk Merancang
Tetapi Allah Yang Menentukan

Teruskan Perjuangan Dan Terus Berkorban
Meskipun Kita Akan Berjauhan
Teruskan Perjuangan dan Terus Berkorban
Demi Menegakkan Islam

Manisnya Ketika Berjuang Bersama
Suka Dan Duka Dirasa Bersama
Kini Semuanya Tinggal Kenangan
Tiada Mungkin Akan Berulang

Berpisah Di Mata Di Hati Jangan
Moga Perpisahan Diredhai Tuhan....

http://www.youtube.com/watch?v=Eu9v6KUZupY&eurl=http%3A%2F%2Fwww.video4viet.com%2Fwatchvideo.html%3Fid%3DEu9v6KUZupY%26title%3DTeruskan%2520Perjuangan&feature=player_embedded

.:: permatahati ayahanda bonda ::.

.:: terima kasih ayahanda bonda ::.

7/13/2009 12:20:00 PM 0 Comments »
Genap 22 tahun ku menghirup udara di dunia.. Alhamdulillah.. pengalaman dan kehidupan banyak mematangkan ku.. semoga dengan pertambahan umurku ini menyedarkanku lagi tentang hakikat hidup yang sebenarnya.. siiru 3la baarakatillah.. insyaAllah, amin..

Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat ayah, emak dan seisi keluarga yang senantiasa disampingku walau apa jua keadaanku sekalipun.. Penat lelah kalian tidak akan ku lupakan.. t

Satu cerpen yang menarikku membacanya..



Kasih MAMA

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki a! lam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

'Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan! -rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimana pun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.

Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

'Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap! cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'

sedikit lega.. :)

7/11/2009 09:13:00 PM 0 Comments »
Hari yang ditunggu telah tiba akhirnya.. Penantian telah berakhir.. Amanah persatuan yang ku pikul selama ini Alhamdulillah telah berakhir..

Bermula 27 Jun 2009, taklifan pertamaku berakhir dan semalam 11 Julai 2009 taklifanku yg kedua pula berakhir.. Alhamdulillah, hanya rasa syukur yang mampu ku ucapkan..

Lepas dari dua taklifan ini tidak bermakna telah tamat segala taklifan ku di dunia.. perjuangan perlu diteruskan.. the true battle in Malaysia..

Ya Allah, kuatkanlah kami.. thabatkan kami dalam perjuangan.. hanya padaMU kami meminta pertolongan pertolongan..

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah [214],

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَآءُ وَالضَّرَّآءُ وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلاَ إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

" Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah akan datang pertolongan Allah?", Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

.:: TAG ::.

7/02/2009 03:17:00 PM 0 Comments »


Sekian lama tidak mendapat tag.. terima kasih adik zahirah..
Peraturan tag yang harus dipatuhi.. kali ini mudah sedikit.. :)

1) Copy gambar amal Islam di atas.

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu?


Sahabat-sahabat yang bertuah adalah :

* Kamarul : Kenalan di ukhawah.. orang nogori :)
* Izzah : adik sabah ba.. huhu :)
* Mieha : adik ganu.. senyum sokmo :)
* Azrul : sahabat di sekolah menengah rendah.. :)

Syukran.. wassalam..

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

bersyukur..~

7/02/2009 02:48:00 PM 0 Comments »


salam..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.. Tanggal 30 Jun 2009 adalah merupakan tarikh keramatku dan kawan setelah 4tahun mengharungi pelbagai dugaan dan halangan di bumi Jordan ini.. Majlis Konvokesyen kami berlangsung dengan begitu meriah sekali walaupun pada mulanya kesedihan menyelubungi kerana ketiadaan keluarga di sisi untuk sama-sama meraikan hari yang bermakna untukku ini..

Tepat jam 4.45petang, ketika menunggu nama dipanggil utk disusun ikut susunan barisan, telefon bimbit yang dipegang, tangan laju mendail ke nama MY MUM..

"Assalamualaikum Darling.." itulah perkataan yang pertama sering ku dengari bila mak ditalian..

"Waalaikumussalam wbt.. mak sihat?" jawab dan soalku menahan sebak..

"Alhamdulillah, ana bikher.." balas mak.. masih ingat apa yang dipelajari semasa sekolah dulu..

"Mak, hari ni saya convo.. sedihni.. takde orang nak bagi bunga.. hahahaha.." sama-sama ketawa..

"Ha, nak ambik bunga ni cepat.. dari mak.." seloroh mak dari talian..

Ku hanya menahan air mata dari mengalir.. terus ku cepatkan perbualan kerana muwazzof telah memanggil namaku..

Hari dan kenangan yang tidak akan ku lupakan.. Ijazah pertama yang telah ku peroleh.. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan.. akhirnya berjaya ku menghabiskannya dengan taqdir yang mampu untuk ku tersenyum.. :)

Terima kasih mak, ayah, a.apis, a.ayosh, adik dan sahabat2 semua yang banyak membantuku untuk terus berjuang untuk mencapai ijazah pertama ini.. Jazakumullahu khairan jaza'.. hanya Allah yang mampu membalas segalanya..

Alhamdulillah.. Hanya pada-MU ku berserah..


barisan depan dari kiri : timah, aulah, k.qilah, k.juju, k.atie, aku, k.yam & k.ida

.:: permata hati ayahanda bonda ::.