terbuku dibenakku..~

12/28/2009 04:39:00 AM 0 Comments »
Apa yang mahu ditulis juga tidak tahu.. banyak sangat yang bermain di kepala.. =)
sempena tahun baru hijrah yang baru, aku mendapat sedikit kekuatan di malaysia untuk terus bergerak ke hadapan.. tapi, dari mana mahu mulakan masih mencari titik permulaan.. semoga Allah permudahkan segala urusan..

aku dan aku.. aku adalah aku.. aku dan seterusnya aku.. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk terus berada di landasan Mu.. Bantulah hambaMu ini dalam menyampaikan risalah Mu.. Perkuatkan iman ku..

Sesungguhnya, aku sangat sayang kepada semua orang-orang disekelilingku.. tidak akan terpadam perasaan ini.. bagaimana harus ku mulakannya??? aku mahu semua bahagia di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.. itu matlamat aku.. untuk membawa semua orang disekeliling ku menuju redha dan rahmat Allah..

Ya Allah, Kau tunjukkan aku jalan yang sebaiknya.. sungguh aku sangat memerlukan petunjuk dan hidayah Mu..

ya, hanya satu jalan yang ada ketika ini ialah usaha dan terus usaha.. kuatkan semangat.. jangan sesekali futur.. berusaha ke akhirnya.. yakin dengan pertolongan Allah dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.. insyaAllah, kejayaan milikku..



Taufiq dan Hidayah

Petunjuk kepada kebaikan dan kebenaran.. tetapi, apabila seseorang mendapat hidayah, dia hanya mengetahui tentang sesuatu tanpa melakukannya.. manakala jika seseorang itu mendapat taufiq, dia mengetahui tentang kebaikan itu dan terus melakukannya.. Hidayah ibarat cahaya, taufiq ibarat jalan.. menuju kebenaran.. dengan izinNya yang Maha Kuasa..

lagi...

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan! -sumber

“Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada sesiapa ynag kamu kasihi (supaya menerima Islam) tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya” al-Qasas:56

.:: tajdid @ tahwil ::.

12/15/2009 05:21:00 PM 0 Comments »
Muharram, Safar, Rabiul awwal, Rabiul akhir, Jamadil awwal, Jamadil akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Dzulqaedah, Dzulhijjah.... (bernasyid skit) :)

Muharram adalah......
FADHILAT BULAN MUHARRAM



Setahun berlalu.. adakah azam yang telah terbina tercapai atau sebaliknya??? muhasabah diri.. adakah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu??? introspeksi diri..

Persoalan... bagaimana Muharram kali ini?? adakah masih tajdid azam yang lalu atau sudah boleh menukar azam yang baru?? semua ini memerlukan jawapan.. tepuk dada tanya iman..

Penghijrahan diri semestinya mahu yang lebih baik.. adakah yang mahu berhijrah menjadi yang lebih buruk?? Seterusnya, bagaimana mahu menjadikan diri lebih baik?? adakah seperti menunggu bulan jatuh ke riba tanpa sebarang usaha?? hanya angan-angan sahaja yang tinggi.. tetapi tiada sebarang tindakan ke arah yang dimahukan..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum itu hingga mereka mengubah diri mereka sendiri"

InsyaAllah, jika kita sendiri mahukan perubahan itu, kita akan berusaha ke arah nya.. bak pepatah melayu pula "nak seribu daya.. tak nak seribu dalih".. semuanya berbalik pada diri kita sendiri..

Semoga mulanya tahun baru kali ini menjadikan kita lebih baik.. Teruskan usaha dan jelaskan matlamat.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. insyaAllah, amiin..


Syaitan tak ingin ambil risiko..~

12/14/2009 06:13:00 AM 0 Comments »
terima emel dari seorang sahabat.. muhasabah diri..

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

1.Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya
dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun
bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian
syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja,
maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya
juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-
nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent,
maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat
tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu
pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan,
ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit
tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali
berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya
beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini
banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti
kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas
tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya
harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya
hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu
lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum
lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan
mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-
sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus
untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua
bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut
dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau
nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua
dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Saya Teringat Kepada Perempuan-perempuan Itu..~

12/02/2009 07:22:00 AM 0 Comments »
sumber



Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.


Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.


Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?



Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

A.T.J.E.H~

12/01/2009 07:16:00 AM 0 Comments »
"ATJEH.. Asal Tahu Jalan, Enak Hidup" berkata pemandu pelancong semasa kami dalam perjalanan hari kedua di Banda Aceh..

Aceh merupakan ejaan yang digunakan di seluruh negara barangkali.. manakala, di Aceh sendiri, ejaan agak berlainan iaitu ATJEH.. perkataan yang telah ditranslatekan maknanya yang tersirat.. Betul juga apa yang dikatakan pp(pemandu pelancong) itu.. tersenyum aku seketika mendengarnya.. ada betul nya.. :)

6 hingga 9 November, aku, ayah dan 13 orang lagi telah ke Banda Aceh.. Aku pergi dengan satu tujuan mahu melihat sendiri kesan-kesan tsunami di sana.. walaupun telah berlalu lama, hampir 5tahun yang lalu, peristiwa tsunami itu masih lagi berlegar-legar di fikiran..

Tempat pertama yang kami ziarahi ialah Tanah Perkuburan mangsa-mangsa tsunami.. lebih kurang 50ribu mayat di tempatkan di dalam satu kawasan.. dan diletakkan juga satu dinding yang berbentuk ombak besar seakan-akan seperti ombak tsunami yang melanda..


tanah perkuburan mangsa2 tsunami


kawasan perkuburan tersebut

Seterus kami ziarah di sini, sebelum check in ke hotel, kami singgah minum petang.. Menjamu mee Aceh dan jus alpokat(avocado)..


sedap nyer..~

Check in di hotel, bersiap dan terus turun semula.. kami dibawa melihat satu bot nelayan yang terdampar di atas rumah.. SubhanAllah.. bagaimana ya??


hotel yang kami menginap..

bot nelayan di atas rumah

Kami solat maghrib dan isyak di Masjid Raya Bitur Rahman.. Salah satu masjid yang terselamat dari bencana tsunami.. Ada yang mengatakan bahawa, seorang peniaga berbangsa cina di hadapan masjid ini, mencerikan dia sendiri melihat bagaimana air yang setinggi atas dari pokok kelapa itu, tidak langsung menyentuh masjid ini.. Dengan keagungan Allah SWT ini, dia akhirnya memeluk Islam.. Alhamdulillah..

Ada juga yang menceritakan, mereka melihat masjid tersebut naik ke atas air.. maknanya, masjid tersebut terapung di atas air.. SubhanAllah.. semua ini menunjukkan kebesaranNYA.. Allahu Akbar!!!


Masjid Raya Baitur Rahman

Lama kami di Masjid ini.. Dari maghrib, mendengar tazkirah maghrib dan solat isyak berjemaah.. setiap maghrib dan isyak kami bersolat di sini sepanjang kami berada di Banda Aceh.. Alhamdulillah, agak ramai juga penduduk sekeliling yang berjemaah bersama..

Sebelum balik ke hotel untuk berehat, kami singgah ke kedai buah untuk bekalan di hotel.. :) satu buah yang belum pernah saya lihat sepanjang 22 tahun hidup ini ialah buah keranji.. slalu dengar orang ramai berpantun sebut nama buah ini, tapi, belum pernah melihat bagaimana rupanya.. Alhamdulillah, di Aceh, saya jumpa buah keranji.. rasanya, agak masam seperti asam jawa.. tetapi tidak lah semasam asam jawa.. :)


Buah Keranji..~

Keesokan harinya.. sabtu.. Pagi tu kami pergi ke Muzium Tsunami Acheh.. tetapi, masih belum siap sepenuhnya.. hanya melihat bangunan nya sahaja.. sangat besar dan cantik..



Kami dibawa pula ke satu kawasan yang mana satu kapal besar terdampar di tengah-tengah kawasan kampung.. SubhanAllah.. sungguh mengagumkan.. Allahu Akbar!!! Kapal tersebut berada lebih kurang 5km dari laut.. bayangkanlah, bagaimana ombak tsunami boleh membawa kapal seberat lebih kurang 20ribu tan ke tengah-tengah kawasan penempatan.. ada yang mengatakan, bawah kapal tersebut ada sebuah rumah yang tidak tahu samada ada orang di dalam nya ataupun tidak..


kapal yang seberat 20ribu tan..


atas kapal tersebut..~


Tanam Edukasi Tsunami..~

Seterusnya, kami ke satu lagi kawasan perkuburan mangsa-mangsa tsunami..


Pintu masuk ke kawasan perkuburan.. sungguh unik..



And then, kami dijemput ke satu majlis khatan anak lelaki.. sungguh terkejut kami bile sepanjang kami berjalan dari mula lorong yang kami masuk berjalan kaki, tersusun seolah-olah kain rentang/papan kenyataan yang telah dihias cantik di kiri dan kanan jalan..


antara papan kenyataan yang ada..



Terkejut juga kami bila sampai di hadapan rumah tersebut.. seperti kenduri kahwin.. agak mewah juga kehidupan mereka.. Majlis berkhatan ini dimulakan dengan berzanji.. Anak laki-laki yang telah berkhatan akan duduk di atas pelamin bagaikan sang raja.. :) di dalam berzanji, ada juga diselitkan satu kata-kata "Agama Adalah Akhlak.. tiada agama tanpa akhlak dan tiada akhlak tanpa agama.."


anak lelaki tersebutlah yang sudah berkhatan.. namanya Yasir Fazilah Yusta.. ditemani adik perempuannya..

Majlis pula diteruskan dengan bertepung tawar.. dan anak tersebut yang berjalan bersalaman dengan semua hadirin yang hadir sekeliling rumah.. dan majlis juga di iringi dengan selawat yang pelbagai rentak dan sungguh sedap.. Dituruti dengan majlis makan.. seusai makan, kami pun beredar meninggalkan majlis dengan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami..

Next, kami pergi ke Pantai Lokhnya.. di sini lah terjadinya air yang berbentuk putaran semasa tsunami terjadi.. sambil itu, kami menikmati jagung bakar.. agak berbeza jagung bakarnya, kerana ia juga disalut dengan sambal manis.. sedappppp..~


makan jagung bakar..

Sebelum pulang ke hotel untuk solat maghrib n isyak di Masjid Raya Biturrahman, kami singgah ke satu lagi masjid yang terselamat dari bencana tsunami, iaitu Masjid Lampook, Locknga..




Masjid Lampook, Locknga..

Keesokan harinya, iaitu hari terakhir ku di Banda Aceh.. kami membeli belah pada pagi nya.. setelah penat ber'shopping', kami menuju ke destinasiku yang terakhir iaitu ke Rumah Anak Yatim Johor, Aceh.. Menempatkan seramai 38orang anak lelaki sahaja samada mereka dari kalangan magsa tsunami, mengalami masalah keluarga ataupun yatim piatu..


yang berdiri, ibu Azizah.. Penyelia Rumah Anak Yatim Johor..


sebahagian daripada anak-anak..

Dari rumah ini, ku terus ke Lapangan Terbang Banda Aceh untuk pulang ke Malaysia.. Alhamdulillah.. sungguh puas hati melihat sendiri bagaimana keadaan aceh 5tahun dulu ditimpa tsunami.. dari satu negeri padang jauh, padang terkukur.. menjadi satu banda yang telah maju dari yang dulu.. Alhamdulillah.. Syukur hanya padanya..

T.S.U.N.A.M.I = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Mesti Insaf.. wallahu a3lam.. :)