terbuku dibenakku..~

12/28/2009 04:39:00 AM 0 Comments »
Apa yang mahu ditulis juga tidak tahu.. banyak sangat yang bermain di kepala.. =)
sempena tahun baru hijrah yang baru, aku mendapat sedikit kekuatan di malaysia untuk terus bergerak ke hadapan.. tapi, dari mana mahu mulakan masih mencari titik permulaan.. semoga Allah permudahkan segala urusan..

aku dan aku.. aku adalah aku.. aku dan seterusnya aku.. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan untuk terus berada di landasan Mu.. Bantulah hambaMu ini dalam menyampaikan risalah Mu.. Perkuatkan iman ku..

Sesungguhnya, aku sangat sayang kepada semua orang-orang disekelilingku.. tidak akan terpadam perasaan ini.. bagaimana harus ku mulakannya??? aku mahu semua bahagia di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.. itu matlamat aku.. untuk membawa semua orang disekeliling ku menuju redha dan rahmat Allah..

Ya Allah, Kau tunjukkan aku jalan yang sebaiknya.. sungguh aku sangat memerlukan petunjuk dan hidayah Mu..

ya, hanya satu jalan yang ada ketika ini ialah usaha dan terus usaha.. kuatkan semangat.. jangan sesekali futur.. berusaha ke akhirnya.. yakin dengan pertolongan Allah dan yakin dengan kemampuan diri sendiri.. insyaAllah, kejayaan milikku..



Taufiq dan Hidayah

Petunjuk kepada kebaikan dan kebenaran.. tetapi, apabila seseorang mendapat hidayah, dia hanya mengetahui tentang sesuatu tanpa melakukannya.. manakala jika seseorang itu mendapat taufiq, dia mengetahui tentang kebaikan itu dan terus melakukannya.. Hidayah ibarat cahaya, taufiq ibarat jalan.. menuju kebenaran.. dengan izinNya yang Maha Kuasa..

lagi...

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan! -sumber

“Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada sesiapa ynag kamu kasihi (supaya menerima Islam) tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya” al-Qasas:56

.:: tajdid @ tahwil ::.

12/15/2009 05:21:00 PM 0 Comments »
Muharram, Safar, Rabiul awwal, Rabiul akhir, Jamadil awwal, Jamadil akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Dzulqaedah, Dzulhijjah.... (bernasyid skit) :)

Muharram adalah......
FADHILAT BULAN MUHARRAM



Setahun berlalu.. adakah azam yang telah terbina tercapai atau sebaliknya??? muhasabah diri.. adakah tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu??? introspeksi diri..

Persoalan... bagaimana Muharram kali ini?? adakah masih tajdid azam yang lalu atau sudah boleh menukar azam yang baru?? semua ini memerlukan jawapan.. tepuk dada tanya iman..

Penghijrahan diri semestinya mahu yang lebih baik.. adakah yang mahu berhijrah menjadi yang lebih buruk?? Seterusnya, bagaimana mahu menjadikan diri lebih baik?? adakah seperti menunggu bulan jatuh ke riba tanpa sebarang usaha?? hanya angan-angan sahaja yang tinggi.. tetapi tiada sebarang tindakan ke arah yang dimahukan..

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum itu hingga mereka mengubah diri mereka sendiri"

InsyaAllah, jika kita sendiri mahukan perubahan itu, kita akan berusaha ke arah nya.. bak pepatah melayu pula "nak seribu daya.. tak nak seribu dalih".. semuanya berbalik pada diri kita sendiri..

Semoga mulanya tahun baru kali ini menjadikan kita lebih baik.. Teruskan usaha dan jelaskan matlamat.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. insyaAllah, amiin..


Syaitan tak ingin ambil risiko..~

12/14/2009 06:13:00 AM 0 Comments »
terima emel dari seorang sahabat.. muhasabah diri..

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

1.Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya
dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun
bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti
juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian
penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian
syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja,
maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model
yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu
bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya
juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut
sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli,
sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen
bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-
nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent,
maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea
baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya
sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan
energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha
ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan
dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat
tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu
pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan,
ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit
tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali
berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya
beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini
banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti
kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita
berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas
tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya
harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya
hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu
lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum
lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat
tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan
mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-
sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus
untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab
wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan
yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala
harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan
tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya
sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi,
semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua
bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut
dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau
nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua
dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Saya Teringat Kepada Perempuan-perempuan Itu..~

12/02/2009 07:22:00 AM 0 Comments »
sumber



Hari ini saya teringat kepada beberapa orang perempuan. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Perempuan-perempuan ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang perempuan-perempuan ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan perempuan-perempuan ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.


Perempuan-perempuan ini, adalah perempuan-perempuan yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja? Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian perempuan-perempuan agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati perempuan-perempuan yang dilupakan oleh ummah ini.


Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?



Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

A.T.J.E.H~

12/01/2009 07:16:00 AM 0 Comments »
"ATJEH.. Asal Tahu Jalan, Enak Hidup" berkata pemandu pelancong semasa kami dalam perjalanan hari kedua di Banda Aceh..

Aceh merupakan ejaan yang digunakan di seluruh negara barangkali.. manakala, di Aceh sendiri, ejaan agak berlainan iaitu ATJEH.. perkataan yang telah ditranslatekan maknanya yang tersirat.. Betul juga apa yang dikatakan pp(pemandu pelancong) itu.. tersenyum aku seketika mendengarnya.. ada betul nya.. :)

6 hingga 9 November, aku, ayah dan 13 orang lagi telah ke Banda Aceh.. Aku pergi dengan satu tujuan mahu melihat sendiri kesan-kesan tsunami di sana.. walaupun telah berlalu lama, hampir 5tahun yang lalu, peristiwa tsunami itu masih lagi berlegar-legar di fikiran..

Tempat pertama yang kami ziarahi ialah Tanah Perkuburan mangsa-mangsa tsunami.. lebih kurang 50ribu mayat di tempatkan di dalam satu kawasan.. dan diletakkan juga satu dinding yang berbentuk ombak besar seakan-akan seperti ombak tsunami yang melanda..


tanah perkuburan mangsa2 tsunami


kawasan perkuburan tersebut

Seterus kami ziarah di sini, sebelum check in ke hotel, kami singgah minum petang.. Menjamu mee Aceh dan jus alpokat(avocado)..


sedap nyer..~

Check in di hotel, bersiap dan terus turun semula.. kami dibawa melihat satu bot nelayan yang terdampar di atas rumah.. SubhanAllah.. bagaimana ya??


hotel yang kami menginap..

bot nelayan di atas rumah

Kami solat maghrib dan isyak di Masjid Raya Bitur Rahman.. Salah satu masjid yang terselamat dari bencana tsunami.. Ada yang mengatakan bahawa, seorang peniaga berbangsa cina di hadapan masjid ini, mencerikan dia sendiri melihat bagaimana air yang setinggi atas dari pokok kelapa itu, tidak langsung menyentuh masjid ini.. Dengan keagungan Allah SWT ini, dia akhirnya memeluk Islam.. Alhamdulillah..

Ada juga yang menceritakan, mereka melihat masjid tersebut naik ke atas air.. maknanya, masjid tersebut terapung di atas air.. SubhanAllah.. semua ini menunjukkan kebesaranNYA.. Allahu Akbar!!!


Masjid Raya Baitur Rahman

Lama kami di Masjid ini.. Dari maghrib, mendengar tazkirah maghrib dan solat isyak berjemaah.. setiap maghrib dan isyak kami bersolat di sini sepanjang kami berada di Banda Aceh.. Alhamdulillah, agak ramai juga penduduk sekeliling yang berjemaah bersama..

Sebelum balik ke hotel untuk berehat, kami singgah ke kedai buah untuk bekalan di hotel.. :) satu buah yang belum pernah saya lihat sepanjang 22 tahun hidup ini ialah buah keranji.. slalu dengar orang ramai berpantun sebut nama buah ini, tapi, belum pernah melihat bagaimana rupanya.. Alhamdulillah, di Aceh, saya jumpa buah keranji.. rasanya, agak masam seperti asam jawa.. tetapi tidak lah semasam asam jawa.. :)


Buah Keranji..~

Keesokan harinya.. sabtu.. Pagi tu kami pergi ke Muzium Tsunami Acheh.. tetapi, masih belum siap sepenuhnya.. hanya melihat bangunan nya sahaja.. sangat besar dan cantik..



Kami dibawa pula ke satu kawasan yang mana satu kapal besar terdampar di tengah-tengah kawasan kampung.. SubhanAllah.. sungguh mengagumkan.. Allahu Akbar!!! Kapal tersebut berada lebih kurang 5km dari laut.. bayangkanlah, bagaimana ombak tsunami boleh membawa kapal seberat lebih kurang 20ribu tan ke tengah-tengah kawasan penempatan.. ada yang mengatakan, bawah kapal tersebut ada sebuah rumah yang tidak tahu samada ada orang di dalam nya ataupun tidak..


kapal yang seberat 20ribu tan..


atas kapal tersebut..~


Tanam Edukasi Tsunami..~

Seterusnya, kami ke satu lagi kawasan perkuburan mangsa-mangsa tsunami..


Pintu masuk ke kawasan perkuburan.. sungguh unik..



And then, kami dijemput ke satu majlis khatan anak lelaki.. sungguh terkejut kami bile sepanjang kami berjalan dari mula lorong yang kami masuk berjalan kaki, tersusun seolah-olah kain rentang/papan kenyataan yang telah dihias cantik di kiri dan kanan jalan..


antara papan kenyataan yang ada..



Terkejut juga kami bila sampai di hadapan rumah tersebut.. seperti kenduri kahwin.. agak mewah juga kehidupan mereka.. Majlis berkhatan ini dimulakan dengan berzanji.. Anak laki-laki yang telah berkhatan akan duduk di atas pelamin bagaikan sang raja.. :) di dalam berzanji, ada juga diselitkan satu kata-kata "Agama Adalah Akhlak.. tiada agama tanpa akhlak dan tiada akhlak tanpa agama.."


anak lelaki tersebutlah yang sudah berkhatan.. namanya Yasir Fazilah Yusta.. ditemani adik perempuannya..

Majlis pula diteruskan dengan bertepung tawar.. dan anak tersebut yang berjalan bersalaman dengan semua hadirin yang hadir sekeliling rumah.. dan majlis juga di iringi dengan selawat yang pelbagai rentak dan sungguh sedap.. Dituruti dengan majlis makan.. seusai makan, kami pun beredar meninggalkan majlis dengan mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima kedatangan kami..

Next, kami pergi ke Pantai Lokhnya.. di sini lah terjadinya air yang berbentuk putaran semasa tsunami terjadi.. sambil itu, kami menikmati jagung bakar.. agak berbeza jagung bakarnya, kerana ia juga disalut dengan sambal manis.. sedappppp..~


makan jagung bakar..

Sebelum pulang ke hotel untuk solat maghrib n isyak di Masjid Raya Biturrahman, kami singgah ke satu lagi masjid yang terselamat dari bencana tsunami, iaitu Masjid Lampook, Locknga..




Masjid Lampook, Locknga..

Keesokan harinya, iaitu hari terakhir ku di Banda Aceh.. kami membeli belah pada pagi nya.. setelah penat ber'shopping', kami menuju ke destinasiku yang terakhir iaitu ke Rumah Anak Yatim Johor, Aceh.. Menempatkan seramai 38orang anak lelaki sahaja samada mereka dari kalangan magsa tsunami, mengalami masalah keluarga ataupun yatim piatu..


yang berdiri, ibu Azizah.. Penyelia Rumah Anak Yatim Johor..


sebahagian daripada anak-anak..

Dari rumah ini, ku terus ke Lapangan Terbang Banda Aceh untuk pulang ke Malaysia.. Alhamdulillah.. sungguh puas hati melihat sendiri bagaimana keadaan aceh 5tahun dulu ditimpa tsunami.. dari satu negeri padang jauh, padang terkukur.. menjadi satu banda yang telah maju dari yang dulu.. Alhamdulillah.. Syukur hanya padanya..

T.S.U.N.A.M.I = Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Mesti Insaf.. wallahu a3lam.. :)

MENGELUH LAGI???

10/27/2009 01:22:00 AM 0 Comments »
maaf kepada semua kerana bulan ini banyak men'copy' dan men'paste' artikel sahaja.. sedikit sibuk sekarang ni.. :)

sumber

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya :
Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)


Kita bertanya :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)


Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran, ayat 139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)


Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)


Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)


Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

Kenapa Cepat Melatah?

10/25/2009 06:49:00 AM 0 Comments »
sumber

Beberapa minggu yang lalu saya dikunjungi seorang tetamu dari luar Madinah. Kedatangannya ialah untuk menziarahi Madinah dan mengambil kesempatan bersolat di Masjid Nabawi. Dalam tempoh kunjungannya, dia menumpang tinggal di rumah saya. Pada waktu-waktu solat, saya membawanya ke Masjid Nabawi. Pada hari terakhir, ketika saya memandu kereta membawanya ke Masjid Nabawi, saya melalui satu lorong short cut. Secara sepontan, kawan saya berkata, “Akhi.. kita nak pergi mana ni? Ini bukannya jalan ke masjid pun. Kan biasa kita ikut jalan lain?!!”.

Kenapa dia menyoal demikian? Kerana dia bukan penduduk Madinah. Dia tidak kenal selok belok jalan di sini. Yang dia tahu hanya satu jalan besar yang ada papan tanda tertulis ‘Ke Masjid Nabawi’. Apabila melihat ada orang melalui jalan lain, dia sangka itu silap. Berbeza dengan rakan-rakan yang bertahun-tahun tinggal di Madinah. Lorong mana pun saya lalui, mereka tak soal. Kenapa? Kerana mereka tahu banyak jalan yang boleh dilalui untuk ke Masjid Nabawi.

Apa yang dapat difahami melalui analogi tadi? Kita dapat buat satu kesimpulan iaitu: orang yang kurang tahu, banyak ingkarnya, dan orang yang banyak tahu, sedikit ingkarnya. Di dalam ilmu syariat, seseorang yang makin tinggi keilmuannya, kita akan dapati dia tidak banyak ingkar perbuatan orang lain. Dia tidak cepat melatah melihat orang lain melakukan suatu yang tidak sama dengan perbuatannya. Sebab dia tahu banyak pendapat dalam suatu masalah. Dia tahu setiap pendapat itu ada dalilnya.

Berbeza dengan penuntut ilmu yang merasa dirinya sudah alim padahal ilmunya baru cukup makan. Dia rasa apa yang dia belajar sahaja yang betul. Orang yang amalannya tidak sama dengan pendapatnya dikatakan salah. Dia sahaja ikut sunnah, orang lain tidak ikut sunnah. Amalan orang lain yang tidak sama dengannya cepat-cepat diingkari. Hakikatnya, orang seperti ini masih kurang ilmunya. Dia perlu belajar lagi. Dia kena menadah dengan guru yang lebih ramai.

Diceritakan oleh seorang ulama, ada seorang pemuda yang menuntut ilmu di Madinah. Suatu hari, dia bersembahyang di sebelah seorang tua berketurunan Syanqiti. Ketika sembahyang, orang tua ini bergerak beberapa kali. Mungkin ada uzurnya dia bergerak-gerak sebegitu. Selepas selesai sembahyang, pemuda ini terus berkata kepada orang tua itu: “Kenapa Pak Cik begerak banyak kali dalam solat? Ini bidaah!!”.

Mendengar herdikan orang muda itu, pak cik itu pun memulakan bicaranya. Dia mulakan dengan menyebut pendapat Imam Malik tentang hukum bergerak dalam solat. Kemudian, dia menyebut pendapat imam-imam salaf yang lain. Satu persatu dia memperincikan hukumnya di hadapan pemuda itu. Nukilan-nukilan kata-kata ulama keluar dari mulutnya ibarat air. Lancar dan penuh yakin. Akhirnya pemuda itu sendiri yang merasa malu. Malu kerana cepat melatah melihat perbuatan orang lain.

Inilah perbezaan sikap orang alim dan orang yang kurang alim. Orang yang makin banyak ilmunya, sikapnya tenang. Dia tahu banyak sudut, banyak pendapat, banyak dalil, banyak ihtimal (kebarangkalian) dan macam-macam. Sebab itu dia tidak cepat melatah dan ingkar orang lain. Berbeza halnya dengan orang yang kurang ilmunya. Dia tidak tahu banyak sudut. Sebab itu dia merasa dia sahaja yang betul.

Kesimpulannya, ambillah kaedah ini: Semakin banyak ilmu seseorang, semakin kurang latah dan ingkarnya. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang cepat melatah.

Sekian.

Madinah Nabawiyyah, KSA. 25 Mei 2008 M, 10 Jumada Awwal 1429 H.

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

EID MUBARAK.. ~

9/19/2009 03:23:00 AM 0 Comments »

Salam Eidulfitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini terutamanya dan semua muslimin dan muslimat..
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..
Taqabalallahu Minna Wa Minkum..~


TAKUT & HARAP…
DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…
persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah
Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang Esa
Teguh iman, kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!

~..bainal syahrain..~

9/15/2009 09:53:00 PM 0 Comments »
ku bertanya pada diri ini
apakah erti menyambut Syawal
jika dalam Ramadhan daku terleka
gagal merebut rahmat yang melimpah
alpa dengan kesenangan dunia

antara Ramadhan dan Syawal
penuh rahmat penuh berkat
perginya Ramadhan
kenapakah aku girang?
adakah kerana datangnya Syawal
bersama aku menyambut kemenangan
benarkah aku sudah menang?
layak kah aku mendabik dada
lantang menyahut takbir yang bergema
tanda Syawal sudah menjelma
padahal
Ramadhan yang pergi
tidak ku kesali

layak kah aku berpakaian baru?
sedangkan tiada pasti pakaian aku
di sana nanti mungkin dari api
layak kah aku menikmati juadah?
sedangkan tiada pasti makanan aku
di sana nanti mungkin dari duri

sedar ku mungkin terlambat
Ramadhan sudah pergi
dan aku pasti menanti
selagi belum tertutup pintu taubat
penuh tekad penuh janji
sabar menunggu Ramadhan kembali
moga bertemu bulan seribu rahmat
agar boleh ku kecapi
erti sebenar menyambut Syawal



RAMADHAN DIA ZAMAN

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka, gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa, di awal zaman.
Ramadhan kami, malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira, kerana kedatanganmu,
Kami gembira, dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah, disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami, muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrufat,
Tapi kami, lesu diburu nafsu,
Hati mereka, bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami, gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan
Hadiah mujahadah, sebulan Ramadhan
Takbir kami, lesu tak bermaya
Tanda kalah, lemah tak berdaya

Puasa sekadar, lapar dan dahaga....

  • Para sahabat Nabi bergembira dengan kedatangan Ramadhan dan menyambutnya dengan takbir dan tahmid, riang. Kita berdukacita dengan kemunculan hilal Ramadhan dan menyambutnya dengan letupan-letupan mercun dan pesta makanan serta asap. Di manakah diri kita berada? Adakah kita layak digelar pengikut dan umat Muhammad?

"Ya Allah! Berikanlah daku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah daku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat yang Maha Dermawan daripada semua dermawan..."


"Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih dan semua pengasih..."

Nuzul Al-Quran..~

9/07/2009 12:22:00 AM 0 Comments »
Alhamdulillah.. dah 17 ramadhan dan nak masuk 18 ramadhan.. hmm, bagaimana madrasah tarbiyyah kita ramadhan kali ini?? masih berpeluang memperbaiki segala kelemahan diri.. semoag berakhir dengan kecemerlangan.. insyaAllah..

Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang Ramadhan ini.. antaranya ialah, Nuzul Al-Quran.. Berlakunya Malam Lailatul Qadar.. Terjadinya perang Badr Kubro.. :) setinggi mana kita telah mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa ini.. introspeksi diri.. ~





Popularkan Syariah!!!

9/04/2009 05:17:00 AM 0 Comments »

Akhir-akhir ini, isu pelaksanaan syariah menjadi agak panas. Ketika masih segar cadangan pelaksanaan hukum 10 kali sebatan oleh seorang hakim terhadap seorang pesalah remaja, timbul pula isu seorang tokoh politik yang seolah-olah menyamakan pendukung syariah dengan pelampau. Yang mutakhir kontroversi mengenai hukuman sebat ke atas seorang wanita yang meminum arak.

Menjadi kewajiban bagi pendukung gerakan Islam untuk menjelaskan dan menjawab tohmahan-tohmahan yang tidak tepat, tidak betul dan menyeleweng terhadap isu-isu syariah.

Isu mendaulatkan syariah di Malaysia pasti akan mengundang tentangan daripada kalangan liberalis-rasionalis seluruh dunia (kerana dunia dikuasai dan diterajui secara unipolar oleh fahaman liberalis-kapitalis-rasionalis) termasuk dalam kalangan umat Islam. Pejuang Islam perlu terus giat mempopularkan syariah secara umum dan khusus bagi menjawab kebencian dan kecelaruan fahaman yang berkaitan pelaksanaan undang-undang Islam.

Sistem kewangan Islam yang merupakan satu aspek daripada ekonomi Islam amat mesra perniagaan dan menentang riba yang diamalkan oleh sistem ekonomi konvensional dunia hari ini. Sistem kewangan Islam ini telah mula diterima oleh masyarakat dunia. Ia juga sebahagian daripada syariah, dan Malaysia sudah menjadi pelopor dunia.

Menjadi kewajipan kepada pakar-pakar ekonomi serta pengamalnya untuk terus berjuang mewujudkan satu sistem alternatif ekonomi yang adil buat dunia. Dan kita mengharapkan agar sistem kewangan Islam menjadi pilihan utama dunia menggantikan sistem kapitalis yang ribawi. Orang bukan Islam boleh memilih apa yang terbaik untuk mereka. Tetapi untuk umat Islam, tiada kompromi melainkan melaksanakan sistem Islam.

Isu makanan halal juga menjadi isu dunia. Syarikat-syarikat besar mula membuka mata bagi menarik pengguna Muslim khususnya. Ini juga isu syariah. Menjadi kewajipan bagi kerajaan menjelaskan konsep serta piawaian halalan toiyyiban dalam industri kepenggunaan dan pemakanan.

Isu nilai-nilai kemanusiaan juga isu syariah. Islam menjaga hak dan nilai-nilai kemanusiaan. Sebab itu Islam mengangkat tinggi nilai-nilai kemanusiaan sejagat seperti isu kebebasan, syura, keadilan dan persaudaraan sejagat. Namun perlu diperjelaskan kepada puak liberalis tentang batas-batas yang digariskan dalam syariah.

Isu wanita juga isu syariah. Islam memartabatkan wanita di tempat yang mulia dan penuh dengan integriti serta menjamin hak-hak wanita dalam masyarakat. Namun perlu diperjelaskan kepada puak liberalis tentang asas-asasnya.

Isu hiburan dan kesenian juga isu syariah. Masyarakat Islam bukan hanya sebagai masyarakat yang beribadat dan mengerjakan amal-amal sunat serta masyarakat yang serius dan sentiasa bekerja, sehingga tidak ada ruang baginya untuk berhibur dan bermain, ketawa dan bergembira, bernyanyi dan bermain muzik. Namun masyarakat Islam tidak menjadikan kehidupan keseluruhannya sebagai hiburan dan permainan yang tiada batasan moralnya.

Isu moral dan integriti juga isu syariah. Islam menolak dengan serius semua jenis kejahatan yang ditolak fitrah yang sejahtera dan akal yang waras. Sementara itu Islam menerima serta memberi dorongan terhadap semua jenis akhlak yang terpuji yang sesuai dengan fitrah dan akal yang sihat yang mana individu dan masyarakat akan dapat hidup bahagia dengan dominasinya.

Malah menjadi lebih utama lagi untuk kita jelaskan kenapa umat Islam mahukan hak mereka sebagai seorang Muslim berdasarkan asas akidah dan keimanan untuk melaksanakan Islam sepenuhnya dengan mengamalkan undang-undang syariah dalam aspek pensyariatan dan perundangan.

Menurut al-Qardawi:

"Syariat adalah manhaj yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t. bagi menyusun kehidupan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sesebuah masyarakat tidak menjadi masyarakat Islam melainkan dengan melaksanakannya serta merujuk kepadanya dalam seluruh aspek kehidupan sama ada ibadat atau muamalat. Adalah tidak logik jika seseorang Muslim mengambil kewajipan berpuasa daripada al-Quran tetapi menolak kewajipan solat. Kita tidak boleh menggambarkan bagaimana seseorang itu menerima ayat-ayat berkenaan dengan pengharaman riba!"

Begitulah juga halnya dengan pengharaman arak!

Pensyariatan atau perundangan merupakan nilai kekuatan utama bagi sesebuah masyarakat. Ramai liberalis fobia dengan undang-undang jenayah atau hudud dan penghukuman semata-mata sepertimana yang difahami dan digambarkan oleh sebahagian orang, termasuk dalam isu sebatan atas jenayah hudud. Mereka menggangap hukuman sebatan yang dikenakan kepada penzina umpamanya sebagai hukuman yang zalim kerana mereka lebih mementingkan hak individu daripada hak masyarakat.

Liberalis yang mewakili jahiliah hari ini lebih mementingkan perkara-perkara yang berbentuk fizikal berbanding dengan perkara-perkara yang berbentuk logikal. Lantaran itu mereka amat menggeruni kemudaratan yang dikenakan ke atas individu disebabkan ia berlaku di hadapan penglihatan mereka tetapi mereka tidak merasai bahaya yang lebih besar yang bakal menimpa masyarakat dan generasi akan datang.

Pensyariatan hudud perlu difahami dari perspektif yang tepat. Menurut al-Qardawi lagi, kesalahan zina tidak pernah tsabit semasa zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman Khulafa ar-Rasyidun melainkan melalui pengakuan. Selain itu, Islam memberi kesempatan untuk bertaubat. Siapa yang taubatnya sungguh-sungguh maka hukuman hudud tersebut akan gugur menurut pendapat yang terkuat. Gugurnya hukuman hudud tidak bererti gugurnya hukuman keseluruhannya. Sebaliknya ia berpindah kepada hukuman yang bentuk ta'zir yang sesuai seperti yang diputuskan dalam mahkamah.

Syariat sangat menjaga rahsia dan memaafkan hudud kerana Islam tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman dan tidak tergesa-gesa melaksanakannya terhadap mereka yang melanggarinya. Islam tidak mengajar kita memasang perangkap atau meletak kamera rahsia untuk mengambil gambar mereka yang melakukannya. Islam juga tidak menggunakan polis bahagian jenayah atau mata-mata gelap untuk mengintip mereka yang melanggar syarak untuk menangkap mereka ketika melakukannya!

Kita perlu meyakinkan masyarakat Islam bahawa mereka akan hidup harmoni di bawah naungan syariat bermula dengan pemurniaan akidah dan keimanan. Untuk perkara ini berlaku, proses kesedaran serta pendidikan perlu dilipatgandakan agar umat sendiri menuntut hak mereka dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan agar kembali kepada umat Islam yang ikhlas mahukan syariat dilaksanakan, tidak berterusan di tangan mereka yang liberalis, oportunis dan berkepentingan. Institusi kehakiman syariah juga perlu dipertingkatkan kepakaran dan prasarananya.

Prosesnya sedang bergerak di seluruh dunia Islam. Yang berbeza mungkin strategi rancangan pencapaiannya. Malaysia mempunyai keunikan perlembagaan yang menjadikan Islam bukan sekadar agama rasmi seperti difahami sebahagian orang tetapi "Islam is the religion of the Federation".

Untuk itu peluang untuk menjadikan syariah sebagai rujukan tertinggi umat Islam di Malaysia perlu diperjuangkan bersama oleh kerajaan, para ulama dan pakar undang-undang, pendakwah dan pengamal undang-undang Islam serta sokongan umat Islam yang digerakkan oleh civil society yang dipelopori oleh gerakan Islam.

sumber

debaran kembali.. ~

8/31/2009 05:22:00 AM 0 Comments »
Esok 1 September 2009, mulalah sesi persekolahan seperti biasa setelah 10 hari bercuti.. :) Debaran kembali mengingatkan tugas dan amanah sebagai seorang pendidik.. lebih-lebih lagi seorang pendidik yang pengajar subjek pendidikan Islam..

"Ko dah keje ke dik?" tanya pakcik yang mengantar ku pulang ke rumah setelah selesai dan berjaya dari ujian komputer lesen..

"Hmm, dah." jawabku ringkas. agak segan sebab baru kenal dengan pakcik tu..

"Ngaja kek no?" soal pakcik lagi..

"Kek Sekolah Menengah Mambau." balasku pendek..

"Oo.. Dokek yolah ngan ghumah ko.. Ngaja apo? Agama eh?" ramah pakcik ini lagi..

"Ha'ah.. ngaja Pendidikan Islam.." kata ku sambil mengetap bibir memikirkan tanggungjawab yang ku pikul..

Sedang ku berfikir memandang ke luar tingkap..

"Bosar tugas ko tu dik.. bebudak sekarang macam-macam peghangai eh.. baguih lah ko ajar agama.. ajar boto-boto.. Fardhu ain tu pun ghamai lagi yang tak dapek tu do.." Nasihat pakcik..

"InsyaAllah.." sambil senyum sendiri..

Mengingatkan anak-anak didik ku semua.. :) :( perasaan berbaur.. gembira untuk kembali bertemu mereka.. melepaskan kerinduan pada anak-anak didik.. tetapi tahap kerisauan juga agak tinggi bila teringat baru-baru ini lu ingin membuat amali solat tetapi tidak sampai objektif kerana bab wudhu' sahaja masih ramai yang lemah..

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat diri ku ini Ya Allah.. di dalam mendidik anak-anak didikku ini.. sesungguhnya, ku sangat risau akan mereka.. usia semakin bertambah.. apa yang akan mereka bawa untuk hari-hari akan datang.. Kau lembutkanlah hati-hati mereka untuk mudah menerima setiap ajaran agama yang mereka terima.. Sucikanlah hati-hati mereka dari sebarang sifat-sifat mazmumah.. Sucikanlah bintik-bintik hitam di hati-hati mereka.. Kau permudahkanlah segala urusan pembelajaran mereka dan Berkatilah setiap ilmu yang mereka pelajari serta Kurniakanlah mereka kejayaan di dunia dan di Akhirat.. insyaAllah..amiin..

Sesungguhnya, terlalu banyak anasir-anasir luar yang telah mempengaruhi kehidupan anak-anak didik ku.. kerisauan ini ku sering mengawalnya dengan banyak berdoa.. hanya doa senjata ku yang paling kuat untuk mencapai keyakinan di dalam sebarang apa yang ku lakukan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memudahkan anak-anak didikku memahami apa yang ku ingin sampaikan.. insyaAllah..amiin.. :) :) :)



*********************************************************************

Satu kisah yang boleh kita lihat realiti hari ini.. :)



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya.
Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, ditangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata,

"Saya ada satu permainan... Caranya begini,ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun,mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selangbeberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepadamurid-muridnya.
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir.

Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat,tidak memijak karpet. "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang... Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar."

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka anjurkan... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (PerangPemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."


"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur.
Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar."

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."
Matahari bersinar terik tatkala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

wallahu a'alam..

Bermula Ramadhan Seantero Dunia..

8/27/2009 08:48:00 PM 0 Comments »
Ramadhan datang, selalu memberikan kebahagiaan dan sukacita mendalam bagi siapapun, dimanapun di dunia ini. Besar-kecil, tua-muda, perempuan dan laki-laki, semua merasakan semarak dan gempita Ramadhan. Maklum, Ramadhan adalah bulan sebenar-benarnya berkah.



Muslim di Amerika Utara memulai shaum Ramadhan pada Sabtu, 22 Agustus pula. Pada intinya, hampir semua Muslim di dunia menyambut dan menjalani Ramadhan 2009 ini dalam waktu yang sama, Sabtu 22 Agustus. Perbedaan hari hanya terjadi beberapa jam saja. Muslim di Turki, Balkan dan Uni Eropa menyambut Ramadhan lebih cepat, pada hari Jumat. Sedangkan Arab Saudi, dengan sebagian besar negara Teluk lainnya memulai hari Sabtu.



Selama bulan Ramadhan, semua Muslim yang telah akil baligh melaksanakan puasa, dari Subuh sampai Maghrib. Sekadar mengingatkan, pada bulan ini Al Quran sebagai pedoman hidup manusia di akhir zaman diturunkan.



Menteri Agama Turki mengumumkan bahwa Turki memulai Ramadhan pada hari Jumat, 21 Agustus. Begitu pula dengan Romania. Orang Romania memang selalu mengikuti Turki dalam menentekan hari pertama Ramadhan. Sementara komunitas Arab memulai Ramadhan berdasarkan melihat pada bulan di negara mereka masing-masing. Di Romania, ada 70.000 Muslim, kebanyakan berasal dari Turki dan Albania. Jumlah mereka sama dengan 2% dari jumlah keseluruhan 22 juta rakyat Romania.



Ramadhan juga dimulai pada Jumat di Bulagaria, dan Kosovo. Asen Menkob, ketua Serikat Muslim Pembangunan dan Budaya Bulgaria, mengatakan, "Muslim Bulgaria biasanya mengikuti Turki dalam memulai puasa."

Sedangkan Balkan tak jauh berbeda. "Kami mengikuti koordinasi dengan fatwa dari Turki," terang Naeem Trafana, ketua ulama di Kosovo.



Bosnia juga memulai shaum Ramadhan pada Jumat. Begitu pula dengan Muslim di Bosnia, Kroasia, Slovenia, Serbia dan Montenegro, Makedonia, dan Albania.



Muslim mengikuti kalender bulan, jadi bulan Ramadhan akan terjadi di semua bulan dalam beberapa tahun setiap periodenya. Misalnya jika tahun ini Ramadhan dimulai pertengahan Agustus, maka tahun depan insyaAllah terjadi pada akhir Juli atau awal Agustus. Begitu seterusnya.


Saudi memulai Ramadhan pada Sabtu. Dewan ulama senior di Saudi, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Uni Emirat Arab mengatakan tidak melihat bulan pada Kamis malam, jadi Jumat adalah hari terakhir mereka sebelum Ramadhan dimulai.



Pada tahun ini, untuk pertama kalinya para penduduk Saudi bisa melihat bulan purnama menggunakan teleskop, bukan hanya mata telanjang saja. Dalam pernyataan Ahad, Dewan Tinggi Saudi menyerukan rakyat Saudi untuk melihat bulan pada Kamis petang.



Dewan Tinggi kemudian meminta kepada rakyat yang sudah menyaksikan bulan dengan mata langsung untuk melaporkan kepada Dewan terdekat. Sebelumnya, Dewan tidak membolehkan penggunaan teleskop untuk melihat bulan.



Senin, Mohammed Hussein Fadhlallah menyatakan bahwa Ramadhan di Lebanon dimulai pada Jumat berdasarkan kalkulasi astronomi yang akurat. Tapi di Mesir, Ramadhan dimulai pda Sabtu.



Mesir memang unik. Dari mulai tengah malam waktu setempat, sejak Kamis, Mesir telah memajukan satu jam lebih awal, memotong satu jam lebih pendek dari waktu musim panas dalam satu bulan.



Akhir dari Ramadhan adalah Idul Fitri. Itulah waktu yang sangat membahagiakan yang dipunyai oleh kita orang Islam dan tak pernah bisa dimiliki oleh mereka kaum non-Islam. Sesuatu yang tak bisa digantikan dan ditukar dengan apapun. Subhanallah, semarak Ramadhan, subhanallah....(sa/wb)
sumber

************************************************
Begitulah setiap negara menentukan bila mahu bermualnya Puasa Ramadhan.. :) seronok mendengarnya.. Sentiasa hati ini berbisik semoga dapat merasa Ramadhan di negara-negara yang lain.. setakat ini, hanya dua negara yang baru saya rasa bagaimana suasana Ramadhan.. di Malaysia dan di Jordan..

Semestinya ada perbezaan.. Boleh kongsi pengalaman kawan saya ini.. lebih kurang sama dengan pengalaman saya.. :) tak larat nak menaip panjang-panjang ketika.. ada rezki nanti, akan dikongsi pengalaman saya pula.. insyaAllah.. :)

kongsi pengalaman : http://bintunmajid.blogspot.com/2009/08/qutayf-sebagi-juadah-ramadhan.html

ok.. selamat meneruskan ibadah puasa..
"awwaluhu rahmah wa ausatuhu maghfirah wa akhiruhu 'itqun mina nnar"
wallahu a'alam.. :)