pengorbanan seorang sahabat..~

2/08/2010 07:26:00 AM 0 Comments »
Laluan Iqra' guru minggu ini merupakan satu kisah benar yang berlaku di Vietnam.. Pada suatu ketika rakyat Vietnam hidup di dalam negara yang dihujani peluru-peluru dan bom-bom di sana-sini.. Tidur mereka seringkali dikejutkan dengan bunyi letupan-letupan bom..

Pada suatu hari, satu letupan bom berlaku di satu kawasan perumahan.. seorang budak telah terkena serpihan ledakan bom tersebut.. Pada ketika itu, bantuan rawatan telah dibantu oleh pihak Prancis.. doktor-doktor dan jururawat yang ada tidak begitu fasih dengan bahasa Vietnam.. hanya boleh bertutur menggunakan buku rujukan bahasa yang mereka ada..

Anak kecil itu cedera parah.. banyak kehilangan darah.. dan ketika itu memang tiada simpanan darah.. dan doktor perlu pergi meminta derma darah dari rakyat Vietnam yang lain.. Dengan bahasa yang agak tidak lancar, doktor tersebut menceritakan kepada rakyat Vietnam untuk mencari sesiapa yang boleh membantu anak kecil tersebut..

Rakyat Vietnam semua berpandangan satu sama lain.. tiada yang mampu untuk mendermakan darah.. doktor itu pun menjelaskan lagi bahawa, jika anak kecil itu tidak mendapat tambahan darah dalam masa terdekat ini, anak tersebut akan mati..

TIdak lama kemudian, seorang anak kecil angkat tangan dengan sukarela untuk mendermakan darah.. semasa proses nak memulakan perdermaan darah tersebut, anak kecil yang sudi mendermakan darah tersebut menangis teresak-esak.. doktor dan jururawat dari Prancis itu pun bertanyakan padanya,
"anda lapar?"
"tidak" jawab nya..
"sakit ke?" tanya doktor lagi..
"tidak" jawabnya..
"anda takut dengan jarum ni" tanya doktor sambil menunjukkan jarum tersebut..
"tidak" masih sama jawapan yang di jawab..

Doktor dan jururawat itupun bergegas memanggil jururawat Vietnam untuk bertanyakan pada anak tersebut takut0takut anak tersebut tidak memahami apa yang ditanya oleh mereka.. selepas ditanya oleh jururawat Vietnam tersebut.. anak tersebut menjawab,
"saya taknak mati.. saya nak derma darah tapi tidak mahu mati.."

Anak tersebut tidak tahu bahawa derma darah tidak akan mematikan kita.. darah yang diambil hanya sedikit sahaja dari badan kita..

Bayangkan lah.. seorang anak kecil yang hanya tahu akan mati bile menderma darah berani untuk dermakan darahnya.. besarnya pengorbanannya.. doktor pun bertanya pada anak tersebut,
"mengapa kamu sanggup menderma darah kalau kamu hanya tahu derma darah itu kamu akan mati?"
dengan nada tersekat-sekat anak tersebut menjawab,
"budak kecil yang cedera itu kawan baik saya"
berderai air mata doktor tersebut mendengarnya.. pengorbanan seorang sahabat..


*********************************************************


Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku dikala penjagaanku tidak sampai pada mereka..
Sayangi mereka di kala rasa sayangku tidak mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata..
Perhatikan mereka di kala perhatianku tidak terangkum dalam kata yang sahaja..
Kerana Engkau punya segala yang aku tak punya Ya Allah..
Kerana ku ingin mereka selalu menjadi sahabatku di dunia dan harap bertemunya di syurga..
Amiin..

Kepada sahabat-sahabat yang ku sayangi..
Sesungguhnya diri ini banyak kelemahan.. banyak kekurangan..
Tanpa sokongan serta nasihat yang tidak putus-putus dari kalian, diri ini akan terus hanyut ditipu permainan dunia serta lupa kehidupan kekal di Akhirat..
Terima kasih di atas segalanya..
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian..
Semoga ukhwah kita diberkati.. diredhai.. dan dirahmati serta kekal selamanya hingga ke akhirat..
Sesungguhnya diri ini beruntung mempunyai sahabat sejati yang sama-sama berjuang mencari keredhaanNYA..
Uhibbukum fillah..

Kisah Sebatang Pokok Epal..

2/01/2010 01:27:00 AM 0 Comments »
Isnin.. 01.02.2010.. Laluan Iqra' guru di sekolah hari ni berkisar tentang satu cerita kisah sebatang pokok epal..

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang kanak-kanak selalu dan hampir setiap hari dia akan bermain di sekeliling kawasan pokok epal ini.. suka bermain-main dengan pokok epal ini.. pokok epal pun sangat gembira dengan hadirnya seorang teman setiap hari..

Apabila kanak-kanak tersebut meningkat umur, sudah jarang dia pergi bermain dengan pokok epal itu lagi.. pada suatu hari, kanak-kanak itu datang duduk di bawah pokok epal tersebut dengan wajah yang muram dalam kesedihan.. pokok epal tersebut pun bertanya, mengapakah engkau tidak mahu bermain lagi denganku.. lalu, kanak-kanak itu pun menjawab,
"aku tidak mahu bermain di sini lagi.. aku perlu mencari wang untuk membeli permainan yang aku idamkan.."
pokok epal itu pun berkata pada kanak-kanak itu,
"kau perlukan wang? ambillah buahku ini untuk dijual dan kau akan mendapat wang daripada penjualan itu nanti serta dapatkan kau belikan apa yang kau hajati itu.."
selepas mendengar kata-kata pokok epal itu, kanak-kanak itu pun ambil buah dan menjualnya dan akhirnya, memperoleh permainan tersebut..

Kanak-kanak tersebut sudah meningkat dewasa.. lama sudah dia tidak lagi bermain bersama-sama pokok epal itu.. Pada suatu ketika, datang lah dia dengan wajah yang muram dan sedih, duduk di bawah pokok itu.. pokok epal itu pun bertanya,
"kenapakah kau bersedih?"
Dia pun menjawab..
"aku sudah bekerja, tetapi tidak cukup duit untuk membuat rumah.."
Pokok epal itu pun berkata,
"Kau ambillah dahan-dahan ku ini supaya kau jadikan papan untuk membuat rumahmu.."
lalu, dia pun mencantas dahan-dahan pokok epal itu dan hidup lah dia di dalam rumahnya itu.. tinggallah batang pokok epal sahaja..

Lama budak itu tidak datang pada pokok epal itu.. Suatu hari, datang kembali kanak-kanak yang telah menjadi dewasa itu dengan muka yang bermuram durja juga.. kali ini, dia mahu membuat kapal, tetapi tidak cukup wang untuk membina sebuah kapal.. dan tanpa berfikir panjang, pokok epal itu pun berkata kepada dia, supaya ambil batang pokok epal itu dan buatlah kapal yang kau impikan itu..

Tinggallah tunggul pokok epal..

Pada suatu hari, datanglah seorang lelaki tua kepada pokok epal itu.. pokok epal itu pun berkata,
"aku dah tidak ada apa-apa untuk diberikan pada mu.."
jawab lelaki tua itu,
"Aku tidak perlukan apa-apa.. hanya mahu menumpang duduk di tunggul ini sahaja.."
Bermanfaatlah pokok epal tersebut di dunia ini..

Moral

Siapakah yang boleh kita kiaskan dengan pokok epal tersebut???
Itu lah sebenarnya ayah dan ibu kita.. apa sahaja yang kita mahukan, diturutinya.. bila kita bersedih, mereka datang menggembirakan kita.. bila kita di dalam kesusahan, mereka datang menghulurkan bantuan tanpa sebarang mohon balasan.. bila kita sakit, mereka datang merawat kesakitan yang kita alami.. besarnya pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita..

Tetapi kita..

bila susah, baru datang mengadu pada mereka.. bila diselubungi kesedihan, baru datang menjengah mereka.. bila kita kesakitan, mereka lah yang kita cari.. tetapi, bila sudah besar sedikit, lupakan mereka.. tidak endahkan mereka.. bila dah dewasa, mereka kita tinggalkan kesunyian..

Sedarkah diri kita tentang kenyataan ini?? Muhasabah buat diri yang sering alpa.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.. insyaAllah..

Sayangi ayah dan ibu kita selagi mereka masih ada.. sisipkan doa kepada mereka yang telah kembali mengadap Ilahi.. Sesungguhnya anak-anakmu menyayangi mu..