mEsIn BaSuH....~

3/26/2010 04:00:00 AM 0 Comments »
[satu kisah untuk renungan bersama para pendidik.. buat yang terbaik dan sebaiknya.. InsyaAllah..]

Berdasarkan sifat saya yang tegas, saya kerap diberikan mengajar kelas belakang-belakang.. Walaupun saya sudah berusaha demi kecemerlangan, keputusan yang dicapai masih ditahap sederhana.. Hanya seorang berdua yang mampu mendapat 'A' dalam peperiksaan mereka..

Sebelum keputusan disebut dalam mesyuarat, saya berjumpa dengan guru besar secara perseorangan bagi menerangkan usaha saya dan kehampaan saya dengan keputusan yang dicapai..

"Saya minta maaf cikgu, saya tidak dapat menghasilkan keputusan yang diharap-harapkan.. Saya sudah cuba yang terbaik, tapi......"

"Cikgu Ros, secara jujur saya bertanya.. Berdasarkan target individu murid, adakah mencapai sasaran?"

"Hampir tepat cikgu.. Untuk 'A' target 2, dapat 2; untuk 'B' target 23 dapat 21; untuk 'C' target 48, dapat 50; selebihnya 'D' ".

"Cikgu Ros, puas hati dengan keputusan itu?"

"Puas!"

"Habis tu apa lagi?"

"Saya bimbang cikgu yang tak puas hati...."

"Cikgu Ros, saya hampir mencecah usia emas, sudah banyak rambut uban, kata orang tanda orang kebijaksanaan? Saya tidak mudah melenting atau melatah.. Bagi saya proses mendidik seperti proses mencuci pakaian.. Jika daripada jenis sutera, celup, bilas dan sidai.. Jika jenis rayon, kena basuh dengan tangan perlahan-lahan.. Jika jenis kapas pula, kena berus dan jika jenis belacu kenalah sental kuat.. Janji bersih dan yang dibersihkan belacu tetap belacu, tidak mungkin jadi sutera, tetapi belacu yang bersih..."

Moral :
* Buatlah yang terbaik untuk murid kita supaya kita tidak rasa bersalah dan tidak dipersoalkan di akhirat nanti.. insyaAllah..

* Teach them well and they will make waves around the world..

* Don't prescribe the same medicine for all..

dotdotdot

3/09/2010 02:10:00 PM 0 Comments »
Hidup tidak perlu menongkah fitrah..fitrah telah ditentukan sejak bermulanya peristiwa "tiada itu ada"..Al-Khalik telah mengatur segalanya..
apa yg perlu, turutilah fitrah itu dengan sebenar-benarnya. .sesungguhnya jalan & panduan telah ada, terpulang pada kita samada memlilih untuk mengikutinya atau sebaliknya..
menurut pada hati, akan banyak timbul keraguan..bersandar pada akal fikiran, banyak kesesatannya. .berpegang pada prinsip, tetapkah pendirian..berpegang pada kebenaran, benar lah kesudahannya. .
kebenaran adalah kenyataan yang tiada cacat celanya..yang benar itu pada Al-Quran...
yang nyata itu pada As-sunnah..

********************************************************************

MUSLIMAH YANG DIKASIHI.... ..
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.
MUSLIMAH YANG DIKASIHI..
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.
~KeRaNa DiRiMu BeGiTu BeRhArGa~

********************************************************************

MuSlImIn& mUsLiMaT ~SOLAT BERJEMAAH~
Abu Hurairah ra berkata, seorang lelaki buta datang berjumpa dengan nabi SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah, saya tidak ada penunjuk jalan untuk memimpinku ke masjid”, seraya meminta rukhsah daripada Rasulullah SAW untuk diringankan baginya solat berjemaah dengan hanya solat bersendirian di rumah, maka nabi SAW memberikan keringanan kepadanya. Apabila dia berpaling nabi SAW memanggilnya kembali dan bertanya: “Adakah kamu mendengar seruan solat (azan)?” Jawab lelaki tersebut: “Ya!”, sabda Nabi SAW: “Maka hendaklah kamu menyahutnya (datang solat berjemaah)”. (Riwayat Muslim) )~KeRaNa DiRiMu BeGiTu BeRhArGa~

*****************************************************************

SEKADAR NASIHAT UNTUK KAUM HAWA

Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah, Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, Berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah, Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

****************************************************************

Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat. Hingga kita terduduk menangis. Peritnya terasa tetapi ketahuilah, dan renungilah dalam diri kerana; mungkin air mata itu hadir kerana DIA mahu menjahit sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah dan ditetapkan iman. ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang. DIA sayangkan kau dan aku. DIA tak pernah lupakan kita Hidup ini ibarat mimpi, kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad. Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman, tetapi sebenarnya 1 bentuk penyerahan diri dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap janji-NYA. Jangan lupa, pada nafas sekalipun, tersembunyi rahsia dan janji-NYA. Percayalah! syurga neraka..pilih antara satu..

*****************************************************************

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihati mu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan... Bukti kasihNya, kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yg terbaik kerana hidup tidak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dlm menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi... Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuhi insani.

***************************************************************

Apakah sumbangan Islam kepada manusia?

3/08/2010 03:44:00 AM 0 Comments »

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sumber

Sehari selepas sambutan maulid ar-Rasul sallallahu alaihi wasallam yang disambut pada 26 Februari 2010, terpapar berita mengenai akhbar harian Denmark, Politiken memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008. Walau bagaimanapun, permohonan maaf Politiken itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh ahli-ahli parlimen Denmark yang menuduh akhbar itu tunduk kepada tekanan dan mengorbankan kebebasan bersuara yang dianggap asas demokrasi Denmark.

Beberapa akhbar Denmark yang lain turut mengutuk permohonan maaf itu namun mengatakan mereka tidak akan menyiarkan semula gambar kartun berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen berkata, beliau menolak untuk mencampurinya namun pada masa sama dipetik memuji kebebasan bersuara dan menghormati keputusan pengarang.

Sesungguhnya Islam yang membawa kesejahteraan serta rahmat ke seluruh alam sering dituduh sebagai perosak, pengganas, penjahat dan bermacam-macam nama yang buruk dan keji. Tuduhan itu hanya lahir daripada mereka yang memandang Islam dengan mata pejam. Mereka tidak nampak kecuali kegelapan. Lebih malang lagi, umat Islam sendiri bukan sahaja gagal mempamerkan keindahan ajaran Islam, sebaliknya turut mempersoalkan isi kandungannya, malah lebih lantang daripada mereka yang tidak beriman dengannya.

Sekiranya mereka yang berprasangka itu mengambil sedikit waktu untuk membuka mata dan melihat dengan jujur susuk Islam yang sebenarnya, mereka tidak akan mampu untuk menolak dan menafikan sumbangan besar yang dibawa Islam kepada manusia dan dunia seluruhnya.

Sekadar contoh, kita boleh lihat beberapa perubahan besar yang telah berlaku dalam sejarah manusia hasil ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam.

1. Dari segi akidah

Sebelum kedatangan Islam, rata-rata umat manusia menyekutukan Allah, menyembah patung, berhala, api dan lain-lain. Islam mengangkat mereka daripada akidah syirik kepada tauhid. Islam mengembalikan manusia daripada kekotoran syirik kepada fitrah mereka yang suci, fitrah tauhid. Sesungguhnya manusia dicipta di atas landasan tauhid yang murni, iaitu mengenali dan mengabdikan diri hanya kepada Pencipta Yang Esa. Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun- temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

(Al-A’raf 7: 172)

2. Dari segi ekonomi

Islam telah melakukan rombakan yang menyeluruh terhadap sistem ekonomi yang diamalkan oleh manusia jahiliah sebelumnya. Riba, monopoli, eksploitasi dan sebarang bentuk penipuan serta penindasan diharamkan. Islam menggalakkan pertaniaan, perniagaan dan perusahaan dengan cara yang baik. Islam telah meletakkan garis panduan yang jelas mengenai pelbagai bentuk urus niaga seperti hutang, gadai, sewa, pajak, syarikat, eksport, import dan sebagainya agar terjamin keadilan dan kemaslahatan semua pihak. Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“Wahai orang- orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”

(An-Nisaa’ 4: 29)

3. Dari segi akhlak dan sosial

Islam menganjurkan usaha pembersihan jiwa daripada sifat-sifat keji dan tercela. Pada masa sama ia mengajar akhlak mulia, menyeru kepada kebaikan, kejujuran, kasih sayang, persaudraan, bantu membantu dalam perkara kebajikan dan taqwa. Islam adalah satu-satunya agama yang meletakkan akhlak mulia sebagai teras. Orang paling sempurna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya. Orang yang tidak berakhlak, tidak jujur, tidak amanah, tidak menepati janji tidak tersenarai di dalam golongan beriman. Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“…. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji, dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk, dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

(Al-A’raf 7: 157)

4. Dari segi politik

Islam memandang dan mengukur seluruh manusia dengan neraca yang sama. Perbezaan rupa, warna kulit, budaya, bahasa pertuturan, darjat dan keturunan tidak diambil kira dalam mendapat hak dan pembelaan, dalam memikul tanggungjawab dan bebanan. Syariat serta hukum-hakam yang ditetapkan menjamin keadilan untuk semua bangsa dan semua golongan. Para pemerintah diperingatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada syariat yang diturunkan Allah dan jangan menyimpang dari jalannya. Meninggalkan syariat walaupun sedikit akan mengakibatkan berlaku kezaliman dan ketidakadilan. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah, padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah?”

(Al-Maidah 5: 49-50)

Untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan semua golongan sama ada rakyat atau pemerintah, Islam meletakkan dua prinsip penting yang mesti dilaksanakan:

Pertama: Prinsip dengar dan taat

Ubadah bin as-Samit berkata: “Kami berjanji (berbai’ah) kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam atas dasar dengar dan taat ketika senang dan susah, berkata benar walau di mana jua dan tidak takut celaan orang yang mencela dalam melaksanakan agama Allah.”

(Al-Bukhari)

Dengar dan taat tidak bermakna patuh secara membabi buta. Yang wajib didengar dan ditaati adalah selagi mana pemerintah melaksanakan hukum Allah. Pada ketika itu, taat kepada pemerintah merupakan satu ibadah. Tetapi dalam keadaan pemerintah telah menyeleweng daripada syariat Allah maka tiada dengar dan tiada taat.

Ali radiallahuanhu berkata: “Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. menghantar satu angkatan tentera dan melantik seorang lelaki Ansar sebagai ketua. Terdapat dalam kalangan pengikut yang tidak mematuhi arahan dengan sewajarnya menyebabkan dia meradang lalu berkata: ‘Tidakkah Nabi sallallahu alaihi wassalam telah memerintahkan kamu agar taat kepadaku?’ Mereka menjawab: ‘Ya.’ Lalu dia mengarahkan agar dihimpunkan kayu api dan menyalakan api. Arahan itu dipatuhi dengan sempurna oleh pengikutnya. Kemudian dia mengarahkan supaya mereka terjun ke dalam api yang sedang menyala. Sebahagian mereka sedia untuk terjun, tetapi sebahagian menahan. Mereka berkata: ‘Bukankah kita telah lari daripada api dengan menjadi pengikut Nabi?’ Mereka berpegang erat antara satu sama lain sehingga api padam dan kemarahan ketua pun reda. Apabila peristiwa itu sampai kepada pengetahuan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, baginda bersabda maksudnya: ‘Kalau mereka masuk ke dalam api itu, mereka tidak akan keluar lagi daripadanya sehingga ke hari kiamat!’”

(Al-Bukhari)

Jelas di sini bahawa ketaatan hanyalah dalam perkara makruf, bukan perkara maksiat.

Kedua: Prinsip syura atau mesyuarat

Islam mewajibkan syura dalam semua urusan pemerintahan bermula dengan pemilihan ketua dan dalam menentukan sebarang dasar serta polisi yang berkaitan dengan kepentingan rakyat, negara dan masyarakat. Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal- hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah; sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

(Ali Imran 3:159)

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya.”

(Asy-Syura 42: 38)

5. Dari segi kehakiman

Manusia semuanya sama di sisi undang-undang Islam. Tidak ada seorang pun yang dikecualikan atau lebih tinggi daripada undang-undang. Islam tidak mengira pangkat, darjat, harta dan kedudukan. Ayat-ayat al-Quran amat jelas dan tegas mengenai kewajipan berlaku adil dalam melaksanakan sesuatu peraturan, undang-undang dan hukuman. Allah subhanahu wataala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat.”

(An-Nisaa’ 4: 58)

“Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang Align Center(yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua- duanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan. Dan jika kamu memutar balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(An-Nisaa’4: 135)

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

(Al-Maidah 5: 8)

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”

(An-Nahl 16: 90)

Ayat-ayat di atas bukan hanya sekadar ayat yang dibaca di rumah-rumah ibadah, tetapi ia benar- benar tercerna dan terlaksana dalam kehidupan ketika negara dipimpin dan diperintah oleh orang beriman.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini