Memakai Cincin Mengikut Sunnah..~

10/17/2011 07:59:00 AM 0 Comments »
sumber




Ada seorang sahabat yang sangat mencintai sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam telah bertanya kepada saya tentang cara pemakaian cincin menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Saya tidak ingin menjawab dengan pandangan saya yang sangat faqir di dalam ilmu, namun saya akan memberikan jawapan yang telah diberikan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah dan para ulama yang lain. Jawapan daripada para ulama ini akan saya ringkaskan agar mudah difahami oleh para pembaca.

Ada beberapa perkara yang akan terlintas di dalam persoalan berkaitan cincin :

1. Adakah terdapat berat yang khusus untuk memakai cincin?

2. Adakah kita boleh mengambil segala jenis logam untuk dijadikan cincin seperti tembaga, besi dan lain-lain?

3. Adakah harus bagi kita memakai lebih daripada satu cincin perak di tangan bagi lelaki?

4. Adakah cincin yang dipakai oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam mempunyai batu? Apakah jenis batunya?

5. Di jari manakah Baginda sallallahu alaihi wasallam memakai cincin , kanan atau kiri? Dan bagaimana pula keadaan batu cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam, samada dipusingkan ke tapak tangan atau tidak?
Ini antara soalan yang terlintas di dalam pemikiran kita. Sekarang kita lihat pula bagaimana para ulama memberikan jawapan bagi permasalahan ini. Jawapan yang akan saya kemukakan adalah menurut turutan soalan di atas. Di harap para pembaca mengambil perhatian terhadap perkara ini.


JAWAPAN

BERAT CINCIN

1. Para ulama berbeza pandangan di dalam permasalahan berat cincin yang dibenarkan. Al-Imam Haskafi rahimahullah, ulama bermazhab Abu Hanifah mengatakan bahawa sesebuah cincin tidak boleh melebihi berat satu Mithqal yang bersamaan 4.680 gram. Al-Imam Ibn Abidin yang merupakan ulama bermazhab Abu Hanifah juga merajihkan pandangan pengarang kitab al-Zhaqirah bahawa berat yang dibenarkan hanya satu Mithqal.

2. Para ulama Malikiyah pula berpandangan dibenarkan untuk seseorang memakai cincin dengan kadar 2 dirham ke bawah. Berat dua dirham menurut pengiraan moden ialah 3.125 gram × 2 = 6.25 gram

3. Para ulama Syafieyah pula mengatakan bahawa berat cincin bergantung kepada adat atau uruf setempat. Jika melebihi daripada adat tempat tersebut maka ianya dianggap membazir.

4. Para ulama Hanabilah pula berpandangan tiada masalah untuk memakai cincin yang beratnya melebihi satu mithqal. Tetapi dengan syarat tidak terkeluar daripada uruf atau adat setempat yang ditetapkan. Jika melebihi uruf maka hukumnya adalah haram.


LOGAM YANG DIBENARKAN UNTUK MEMBUAT CINCIN

EMAS

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa emas dibenarkan kepada wanita untuk memakainya, manakala bagi lelaki ianya adalah haram.

2. Manakala untuk kanak-kanak yang belum baligh, para ulama Syafieyah di dalam pandangan muktamad di dalam mazhab berpendapat bahawa dibenarkan bagi mereka untuk memakai emas samaada kanak-kanak lelaki atau perempuan.

PERAK

1. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa cincin perak dibenarkan kepada wanita. Manakala bagi lelaki pula terdapat perincian oleh para ulama .

2. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa harus bagi lelaki memakai cincin perak. Ianya menjadi sunnah kepada para sultan, para qadhi dan yang seumpama dengannya. Manakala kepada selain sultan, qadhi dan yang seumpama dengannya terlebih afdhal bagi mereka tidak memakai cincin perak.

3. Para ulama Malikiyah pula berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus dan jika dipakai dengan tujuan mengikut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam hukumnya adalah sunnah dan haram memakainya dengan tujuan berbangga diri.

4. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa disunatkan kepada sesiapa sahaja untuk memakai cincin perak bukan dikhususkan kepada sultan dan qadhi semata-mata.

5. Para ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin perak bagi lelaki adalah harus.

SELAIN DARIPADA EMAS & PERAK

1. Para ulama Malikiyah ( dalam pandangan yang muktamad ) dan ulama Hanabilah berpandangan bahawa memakai cincin daripada besi, tembaga dan seumpama dengannya adalah makruh berdasarkan larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis. Hukuman ini merangkumi lelaki dan wanita.

2. Para ulama Malikiyah berpandangan bahawa mengambil cincin daripada kayu, kulit dan batu adalah harus bagi lelaki dan wanita. Manakala para ulama Hanabilah pula berpandangan diharuskan bagi lelaki dan wanita memakai cincin daripada zamrud, yaqut, jed dan lain-lain jenis batu.

3. Para ulama Syafieyah pula mempunyai dua pandangan di dalam permasalahan ini. Sebahagian mengatakan bahawa hukumnya makruh memakai cincin selain emas dan perak. Manakala sebahagian lagi mengatakan tidak makruh. Al-Imam Nawawi rahimahullah berpandangan dengan mengatakan tidak makruh memakai cincin daripada selain emas dan perak . al-Imam Qalyubi di dalam Hasyiyahnya juga mengatakan bahawa tiada masalah untuk memakai cincin daripada tembaga , besi dan lain-lain.

4. Para ulama Hanafiyah pula seperti al-Imam Ibn Abidin rahimahullah mengatakan bahawa dihalalkan bagi lelaki memakai cincin perak dan diharamkan memakai cincin emas, tembaga atau besi. Manakala mengambil cincin daripada batu adalah dibenarkan khususnya batu aqiq.

Syaikh al-Allamah Abdullah Fad aq hafizahullah..Lihat pemakaian cincin pada jarinya


HUKUM BERBILANG-BILANG CINCIN

1. Para ulama Malikiyah mengatakan bahawa diharamkan bagi seseorang lelaki memakai lebih daripada satu cincin.

2. Para ulama Syafieyah pula berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai 2 bentuk cincin perak dalam satu masa. Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuti rahimahullah. Makruh hukumnya memakai lebih daripada 2 bentuk cincin. Al-Imam Isnawi rahimahullah juga berpandangan sedemikian dan kata al-Imam Khawarizmi di dalam al-Kafi : Makruh memakai kedua-dua cincin tersebut pada satu jari.

3. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa dibenarkan bagi lelaki memakai dua cincin dan lebih selagi mana tidak keluar daripada adat setempat.

4. Manakala para ulama Hanafiyah tidak pula kedapatan mereka mengeluarkan pandangan di dalam masalah ini.


BENTUK CINCIN RASULULLAH

1. Cincin Baginda sallallahu alaihi wasallam ada dua jenis. Ada yang diukir perkataan “ Muhammad Rasulullah” dan ada yang diletakkan batu.

2. Jenis batunya menjadi perbahasan para ulama, sebahagian mengatakan bahawa ianya adalah jenis aqiq dan al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi mengatakan bahawa beliau melihat di dalam kitab Mufradat fi al-Tibb
karangan Ibn al-Baithar bahawa jenis batu tersebut adalah zabarjad.


JARI YANG SUNNAH DILETAKKAN CINCIN

1. Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.

2. Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.

3. Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.

4. Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.

5. Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.


KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.


RUJUKAN :
1. Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11

2. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982

sedarkah kita???

8/20/2011 06:18:00 AM 0 Comments »
sumber

Assalamualaikum w.t.b...Moga sihat semua hendakNya. Sekejap sahaja kita dah masuk ke fasa 2 bulan Ramadhan..Macamana amalan kita semua?? Rasa macam banyak sangat yang terkurangkan...Selagi masih diberi kesempatan ni, marilah kita sama-sama memantapkan lagi amal ibadat kita. Semoga kita peroleh maghfirah dari Allah S.W.T dan kita semua termasuk dikalangan para penghuni syurga. SesungguhNya rahmat Allah S.W.T itu jauh lebih hebat melebihi kemurkaanNya. SubhanaAllah...

Secara jujurnya entry kali ni dah lama ingin saya postingkan, tetapi kerana dek kekurangan idea dan tak sempat langsung nak buat semakan. Akhirnya tertangguh dan terus tertangguh. Saya maklum banyak blogger yang dah terbitkan isu ni di blog masing-masing, saya sahaja yang ketinggalan..Di harap, saya dapat mengkongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk anda semua.

Mungkin ramai yang dah tahu atau mungkin ramai juga yang belum tahu berkenaan dengan projek pembinaan gereja yang terbesar, tercanggih dan termoden berkonsepkan freemanson yang sedang 'under construction' di dalam negara kita. Mula di bina pada tahun 2008, bersebelahan Golf & Country Club, Bukit Jalil. Saya tak berminat nak hurai panjang lebar berkenaan dengan gereja ini kerana saya lebih fokus kepada apa MOTIF pembinaan rumah kafir ini di sini.

Sesiapa yang nakkan maklumat lanjut berkenaan gereja ini boleh ke sini :-

http://www.calvary.org.my/ atau http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_update.html

Bayangan seni bina bila ia disiapkan nanti.

Inilah dia gereja yang saya sebutkan di atas. Namanya Calvary Convention Centre (CCC). Kos binaanya sahaja mencecah RM 100 juta, kos tanah RM 35 juta. Gereja 6 tingkat ini boleh menampung 5 ribu orang pada satu-satu masa. Siapa yang memberikan kebenaran Gereja ini dibina ?? Ini persoalan pokok yang perlu di jawab..


Under Construction : Semoga Allah S.W.T mengagalkan !


Fahaman Freemanson Pada Seni Bina


Apa tujuan gereja ini di bina ?? Pasti ada secret mission yang ingin mereka laksanakan, ya, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memurtadkan orang islam di sini. Lihat sajalah misi pembinaan gereja ini..

The Mission Statement of the Calvary Convention Centre is:

* To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
* To be a dynamic and positive influence in our society
* To care and to share with those who are without hope
* To equip and train those who desire to serve and help others
* To declare God’s love and His faithfulness to mankind

Adakah mereka ingin mengkristian anak-anak muda di Malaysia ini secara besar-besaran suatu hari nanti. Nauzubillahiminzalik !! Sejauh mana kita sensitif berkenaan dengan isu ini ?
Kita lihat saja populasi penduduk di Malaysia pada tahun 2010 mengikut agama..

AGAMA PERATUSAN (%)
ISLAM 60.4
BUDDHA 19.2
KRISTIAN 9.1
HINDU 6.3
LAIN-LAIN 5.0

Lihat, dengan 9.1%, siapa yang mereka ingin tampung di dalam gereja itu ataupun mereka ingin membuat sebuah perjumpaan besar-besaran di negara ini lalu keluar menyebarkan fahaman & kesesatan mereka. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua. Cuba lihat gambar ke-2 dari atas yang memaparkan visi mereka 'Adanya Harapan' @ 'There is Hope'. Harapan apakah yang mereka maksudkan, adakah harapan untuk menyebar luaskan agama mereka @ mereka berharap mampu untuk memurtadkan anak-anak muda yang beragama islam. Maka, JANGAN HARAP !!! Saya bernada tinggi begini adalah untuk meninggikan agama Allah yang sememangnya tinggi dan sudah cukup panas hati dengan kutukan dan cacian dari mereka yang memusuhi islam.

Bila siap sahaja tempat mal'unah ini, maka ia akan menjadi gereja yang terbesar di Asia. Lihatlah persiapan rapi yang mereka lakukan..usaha menggunakan nama Allah S.W.T dalam Herald Catholic suatu masa dulu.

Hukum Ma'abid (Rumah Ibadat Non-Muslim)

Secara mudahnya orang-orang kafir ini diberikan kebebasan untuk kekal memeluk agama masing-masing dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga berhak mendapat layanan, hak dan perlindungan sepertimana orang-orang Islam yang lain TETAPI apabila berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah mereka hal ini perlu ditinjau daripada aspek yang lain. Ini adalah kerana membenarkan mereka memeluk akidah kufur tidak sama halnya dengan isu yang berkaitan dengan pembinaan rumah ibadah dan juga tidak sama dengan hal-hal yang berkaitan dengan menonjolkan syiar-syiar (simbol-simbol dan imej) agama mereka.
Sepatutnya pemerintah kaum muslimin lebih peka dan sensitif akan hal-hal seperti ini. Di dalam islam, pemindahan dan pembinaan rumah-rumah ibadat orang kafir adalah TIDAK DIBENARKAN. Akhir zaman ini, kita boleh lihat dengan sewenang-wenangnya rumah-rumah ibadat orang kafir didirikan, besar dan tersergam indah. Sepatutnya ada tembok besar yang menutup setiap rumah ibadat mereka agar tidak terlihat oleh kita yang beragama islam. Segala aktiviti mereka harus tertutup, tidak seperti sekarang, mereka dengan tanpa rasa hormat mengadakan upacara keagamaan mereka secara terbuka dan besar-besaran. Wallahua'lam bish awab..

Sabda Rasulullah:

{ عَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ مِنْ بَعْدِي تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ ؛ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ }

“Hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ Rasyidun selepasku. Gigitlah ia dengan gerahammu. Jauhilah perkara-perkara baru dalam urusan agama, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat”.

Semoga kita semua dapat hidup di dalam pemerintahan yang sebenar-benar islam suatu hari nanti. InsyaAllah.


"MANA MAK... "

8/20/2011 03:28:00 AM 0 Comments »

wajah-wajah yang paling disayangi..~


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? " masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Apabila Meletakkan Matlamat..

5/08/2011 04:48:00 AM 0 Comments »

Ada beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian apabila meletakkan matlamat.

1. Matlamat yang diletakkan mesti sesuatu yang besar, jelas dan boleh dicapai.

Misalnya, tidak cukup dengan hanya berkata mahu pada markah yang tinggi sebalinya perlu dinyatakan dengan jelas berapa tinggi markah yang disasarkan itu. Kalau selama ini kita selalu gagal dalam ujian Matematik maka mengatakan mahu mendapat 100 peratus dalam ujian selepas ini mungkin terlalu besar dan membuatkan diri kita berkata susah atau tidak boleh. Oleh itu, letaklah matlamat yang munasabah misalnya 70 peratus untuk peringkat permulaan. Apabila matlamat ini dicapai barulah sasarkan markah yang lebih tinggi lagi.

2. Matlamat mestilah sesuatu yang bermakna.
Tanya diri sendiri untuk apa kita usahakan semua ini. Kenapa kita mahukannya? Kepada siapa mahu dibuktikan atau dihadiahkan kejayaan itu? Sejauh mana kepuasan yang akan diperoleh jika matlamat itu menjadi kenyataannya sekarang. Selain diri kita siapa lagi yang akan gembira dan berpuas hati? Apakah perkara-perkara baik yang akan terjadi selepas matlamat itu tercapai? Soalan-soalan ini akan memberikan kita dorongan dan kekuatan.

3. Matlamat mestilah diletakkan tempoh masa.
Iaitu bilakah ia mahu dicapai. Tanpa tempoh masa kita akan cenderung kepada sikap bertangguh. Letakkan matlamat untuk setiap ujian atau peperiksaan yang akan ditempuhi sepanjang tahun ini. Matlamat untuk ujian-ujin bulanan, peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar.

4. Matlamat hendaklah ditulis dan diletakkan di tempat yang nampak setiap hari.

Tampal matlamat di depan meja belajar, dijadikan penanda buku, ditulis atas kad kecil dan dimasukkan ke dalam dompet sebagai ingatan diri sendiri.

5. Matlamat hendaklah disemak dan dikemaskini dari semasa ke masa.

Ini adalah agar ia tetap realistik dan sah. Kita juga perlu melihat bagaimana kemajuan kita dalam mencapai matlamat ini. Adakah setiap hari kita semakin hampir atau sudah jauh tersasar? Dengan menyemak matlamat ia memberikan kita idea tentang apa yang telah dilakukan dan apa pula yang perlu dilakukan lagi.

6. Matlamat boleh dikongsikan dan diceritakan.

Ia boleh dikongsikan dengan mereka yang kita percaya. Lebih-lebih lagi jika mereka itu merupakan individu-individu yang boleh membantu mempercepatkan lagi proses merealisasikan matlamat tersebut.

7. Matlamat hendaklah sentiasa dibaca dan didoakan.
Dengan membaca dan berdoa kita menanam matlamat tersebut jatuh ke dalam minda. Lama-kelamaan kita mula percaya dan kepercayaan itu akan membuatkan kita lebih berusaha.

sumber : Anis bil 165 Mei 2011

mengapa begitu sombong??

5/06/2011 04:32:00 AM 0 Comments »
sumber

Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.

Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:

"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."

Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.

Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati..


***************************************************************

Artikel yang saya baca ini sangat menyentuh hati saya.. Mengapakah kita begitu sombong??? Kita perlu bersyukur kerana ada orang yang sudi nak menegur kesilapan dan kesalah yang kita lakukan sama ada kita sedari ataupun tidak.. Kita juga perlu sedar bahawa dengan teguran atau nasihat yang kita terima membuktikan kasih sayang Allah pada kita..

Bangunlah semua dari tidur yang nyenyak ini!! Kita bukan siapa-siapa yang kita nak meninggi diri sebegini rupa.. Allah Maha Kuasa.. Apakah salahnya jika kita menerima sesuatu teguran atau nasihat itu dengan hati yang terbuka.. pahit atau manis kita terima dulu semuanya.. kemudian, kita muhasabah diri kita semula.. jika benar apa yang diperkatakan, kita ambil tindakan untuk berubah.. Jika apa yang diperkatakan sebaliknya, kita terima juga sebagai pengajaran dalam diri kita..

Tapi, mengapa teguran atau nasihat yang diberikan itu kasar??? Ya, kadang kala kita terasa hati dengan si penegur atau si pembari nasihat.. kadang kala juga, kita salah tafsir atas teguran yang diberikan itu.. kadang kala juga, penasihat sudah pun berkata sebaik mungkin, tetapi tetap dikatakan kasar.. semuanya ini berbalik kepada diri kita sendiri.. jika wujudnya sikap lapang dada dalam diri kita, perkara ini akan menjadi lebih mudah.. semuanya di positifkan terlebih dahulu.. ini yang terbaik.. insyaAllah..


Sama-sama kita terus menjadi penasihat dan penegur.. dan jangan lupa bahawa kita berhak dinasihati dan ditegur.. Jangan berputus asa.. Jika bukan kita yang mahu laksanakan ajaran Islam, siapa lagi??? jika kita tidak mulakan sekarang, bila lagi??? smoga segala amalan dan ibadah kita mendapat redhaNYA.. insyaAllah..

Ya Allah..

5/01/2011 05:40:00 PM 0 Comments »
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan Cintanya pada-Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh cinta,
Jagalah cintaku padanya, Agar tidak melebihi cintaku Pada-Mu...


Ya Allah,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya Tertaut Pada-Mu...
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbani...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling pada hati-Mu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Jagalah rinduku padanya,
Agar tidak aku lalai merindukan syurga-Mu...

YaAllah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu....

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu...
Jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada-Mu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihmu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu...

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam Cinta pada-Mu...
Telah berjumpa untuk taat kepada-Mu,
Setelah bersatu dalam dakwah –Mu ,
Telah berpadu dalam membela syariat-Mu...

Kukuhkanlah YA Allah ikatannya...
Kekalkanlah ikatanya,
Tunjukilah jalan-jalannya...
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tidak pernah pudar
Lapangkanlah dada-dada kami denga keimanan kepada-Mu dan
kerindahan bertawakal ke jalan –Mu...
Amin Y a Rabbal Alamin...


p/s : kenapa Allah pilih aku?? kenapa ak?? kenapa bukan orang lain?? Kenapa Allah pilih dia?? kenapa dia?? kenapa bukan orang lain?? kenapa Allah pilih kami?? kenapa kami?? kenapa bukan mereka??

Pengalaman Mendewasakan..~

2/19/2011 04:59:00 AM 1 Comment »
Kembali mencoret.. lama sudah meng 'copy' n 'paste' sahaja.. :)

15 Julai 2009 tarikh terakhir ku memijak bumi jordan.. rindu saat-saat 4 tahun di sana.. suka, duka, tawa, tangis, sahabat perjuangan, hostel, jamiah, jam'iyyah, kebun buah, salji, amman, mafraq, irbid, mu'tah, mazar, aqabah, ajlun, dan semua yang tak dapat ku coretkan kerana hanya akan menyebabkan air mata jernih mula bergenang di mata.. semua pengalaman dan kenangan di sana lah yang banyak menjadikan ku manusia yang telah bergelar insan ketika ini..

Satu pengalaman ke satu pengalaman yang ku tempuh di tahah airku Malaysia.. Alhamdulillah, tidak lama ku berehat setelah berada di Malaysia, 6 Ogos 2009 ku mendapat tawaran Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Mambau.. banyak cabaran dan kejutan berada di sekolah harian biasa apabila diriku sendiri tidak pernah terdedah dengan keadaan sebegini sebelumnya..

Hari demi hari.. minggu demi minggu.. bulan demi bulan berlalu tanpa ku sedari bahawa jawatan yang ku sandang ini bukan tetap.. suatu hari, ku dipanggil pengetua yang amat ku segani.. berita yang membuatku tersedar dari lamunan.. baru ku sedar langit itu tinggi atau rendah.. ku akan ditamatkan perkhidmatan dari SMK Mambau kerana kelebihan guru agama di situ.. terabai seketika.. ku hampir putus harapan.. nasihat dan kata-kata semangat dari sahabat perjuangan banyak membangunkan ku.. tempoh sebulan diberi kepadaku sebelum ku beredar dari sek itu.. Alhamdulillah, hampir setahun ku berada di SMK Mambau.. mula 6 Ogos 2009 hingga 31 Jun 2010.. walaupun berat kaki ini meninggalkan anak-anak didik yang disayangi, namun ku pasrah dan sedar.. tempat ku bukan di sini..

Mula menyedari bahawa selama ini ku sudah lama tidak memohon kerja.. banyak borang-borang yang ku mula isi.. resume dikemaskini semula.. hidup tidak pernah mengenal putus asa.. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. rezki itu ada di mana-mana.. kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya..

Alhamdulillah, 5 Julai 2010 ku diminta melapor diri masih sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Datuk Haji Abd Samad, Port Dickson.. dalam 25min dari rumahku.. Alhamdulillah, suasana sekolah yang baru.. dan ku diarahkan untuk mengajar di Kelas Aliran Agama (KAA) untuk subjek Bahasa Arab dan pendidikan Islam.. beberapa hari ku di SDASA dan mula menyesuaikan diri di sana, dengan satu panggilan, ku menerima satu tawaran di sebuah kolej swasta di Pasir Panjang.. Kolej Uniti..

Kolej Uniti pilihan ku yang seterusnya.. perjalanan berliku yang amat mematangkan diri.. banyak mengajarku erti berdikari yang sebenarnya.. dan baru ku mengerti apa erti hidup dan nikmat hidup yang sebenar.. dari ku mula bekerja mendidik pelajar-pelajar sekolah harian.. kemudian mendidik pelajar-pelajar sek yang beraliran agama.. dan seterusnya mendidik para mahasiswa yang akan memegang segulung diploma.. cabaran demi cabaran.. Mula Ogos 2010 ku di Kolej Uniti hinggalah Jan 2011..

Akhirnya, ku dipanggil mendaftar diri utk jQAF ambilan Jan 2011.. sasaran yang ku inginkan hampir tercapai.. mahu menjadi seorang pendidik dari bawah.. impian menggunung selepas ini.. smoga Allah permudahkan segalanya.. kita merancang, dan Allah juga merancang.. sesungguhnya, sebaik-baik perancang adalah perancangan daripada Allah swt.. insyaAllah.. ku memohon kepadaMU ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk hamba MU yang hina ini.. Amiin Ya Rabb..

Seorang Gadis Itu..~

1/15/2011 03:43:00 PM 0 Comments »
sumber

Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,

halus kulit, manis tuturnya,

lentur hati ...

telus wajahnya,

setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya,

dalamnya ada air,

sehangat cinta,

sejernih suka,

sedalam duka,

ceritera hidupnya...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,

penuh cinta, sayang semuanya,

cinta untuk diberi ...

cinta untuk dirasa ...

namun manjanya

bukan untuk semua,

bukan lemah,

atau kelemahan dunia ...

ia bisa kuat,

bisa jadi tabah,

bisa ampuh menyokong,

pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,

lembutnya bukan lemah,

tabahnya tak perlu pada

jasad yang gagah ...


seorang gadis itu ...

teman yang setia,

buat Adam dialah Hawa,

tetap di sini ...

dari indahnya jannah,

hatta ke medan dunia,

hingga kembali mengecap ni'matNya ...


seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,

yang suci hatinya,

tabah & tenang sikapnya,

teman ar-Rasul,

pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,

menyimpan ílmu,

si teman bicara,

dialah Áishah,

penyeri taman Rasulullah,

dialah Hafsah,

penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,

meski dicaci meski dikeji,

itu hanya cerca manusia,

namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,

meniti hidup seadanya,

puteri Rasulullah ...

kesayangan ayahanda,

suaminya si panglima agama,

di belakangnya dialah pelita,

cahaya penerang segenap rumahnya,

ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,

dengan dua tangan

tegar melindung khalifah,

meski akhirnya bermandi darah,

meski akhirnya khalifah rebah,

syaheed menyahut panggilan Allah ..


seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,

agar ia terdidik jiwa,

agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,

dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,

dengan teguh áqidahnya,

dengan utuh cinta yang terutama,

Allah jua RasulNya,

dalam ketaatan penuh setia .

pemelihara maruah dirinya,

agama, keluarga & ummahnya ...


seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,

membentuknya perlu kebijaksanaan,

kesabaran dan kemaafan,

keyakinan & penghargaan,

tanpa jemu & tanpa bosan,

memimpin tangan, menunjuk jalan ...


seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,

gadis akhir zaman,

era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,

sucinya perlu tabah,

cintanya tak boleh berubah,

tak bisa terpadam dek helah,

dek keliru fikir jiwanya,

kerna dihambur ucapkata nista,

hanya kerana dunia memperdaya ...


kerna seorang gadis itu,

yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,

mantap iman mengunci jiwanya,

dari lemah & kalah,

dalam pertarungan yang lama ...

dari rebah & salah,

dalam perjalanan mengenali Tuhannya,

dalam perjuangan menggapai cinta,

ni'mat hakiki seorang hamba,

dari Tuhan yang menciptakan,

dari Tuhan yang mengurniakan,


seorang gadis itu ...

anugerah istimewa kepada dunia!


seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia,

sebagai ábidah,

daíyah & mujahidah,

pejuang ummah ...

anak ummi & ayah,

muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,

membentuk anak-anak ummah,

rumahnya taman ilmu,

taman budi & ma'rifatullah ...


seorang gadis itu ...

moga akan pulang,

dalam cinta & dalam sayang,

redha dalam keredhaan,

Allah yang menentukan ...

seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,

merahmati dan merestui,

perjalanan seorang gadis itu ...

menuju cintaNYA yang ABADI!