Pengalaman Mendewasakan..~
2/19/2011 04:59:00 AM 1 Comment »15 Julai 2009 tarikh terakhir ku memijak bumi jordan.. rindu saat-saat 4 tahun di sana.. suka, duka, tawa, tangis, sahabat perjuangan, hostel, jamiah, jam'iyyah, kebun buah, salji, amman, mafraq, irbid, mu'tah, mazar, aqabah, ajlun, dan semua yang tak dapat ku coretkan kerana hanya akan menyebabkan air mata jernih mula bergenang di mata.. semua pengalaman dan kenangan di sana lah yang banyak menjadikan ku manusia yang telah bergelar insan ketika ini..
Satu pengalaman ke satu pengalaman yang ku tempuh di tahah airku Malaysia.. Alhamdulillah, tidak lama ku berehat setelah berada di Malaysia, 6 Ogos 2009 ku mendapat tawaran Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Mambau.. banyak cabaran dan kejutan berada di sekolah harian biasa apabila diriku sendiri tidak pernah terdedah dengan keadaan sebegini sebelumnya..
Mula menyedari bahawa selama ini ku sudah lama tidak memohon kerja.. banyak borang-borang yang ku mula isi.. resume dikemaskini semula.. hidup tidak pernah mengenal putus asa.. Sesungguhnya, Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. rezki itu ada di mana-mana.. kita yang perlu berusaha untuk mendapatkannya..
Alhamdulillah, 5 Julai 2010 ku diminta melapor diri masih sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih di SMK Datuk Haji Abd Samad, Port Dickson.. dalam 25min dari rumahku.. Alhamdulillah, suasana sekolah yang baru.. dan ku diarahkan untuk mengajar di Kelas Aliran Agama (KAA) untuk subjek Bahasa Arab dan pendidikan Islam.. beberapa hari ku di SDASA dan mula menyesuaikan diri di sana, dengan satu panggilan, ku menerima satu tawaran di sebuah kolej swasta di Pasir Panjang.. Kolej Uniti..
Kolej Uniti pilihan ku yang seterusnya.. perjalanan berliku yang amat mematangkan diri.. banyak mengajarku erti berdikari yang sebenarnya.. dan baru ku mengerti apa erti hidup dan nikmat hidup yang sebenar.. dari ku mula bekerja mendidik pelajar-pelajar sekolah harian.. kemudian mendidik pelajar-pelajar sek yang beraliran agama.. dan seterusnya mendidik para mahasiswa yang akan memegang segulung diploma.. cabaran demi cabaran.. Mula Ogos 2010 ku di Kolej Uniti hinggalah Jan 2011..
Akhirnya, ku dipanggil mendaftar diri utk jQAF ambilan Jan 2011.. sasaran yang ku inginkan hampir tercapai.. mahu menjadi seorang pendidik dari bawah.. impian menggunung selepas ini.. smoga Allah permudahkan segalanya.. kita merancang, dan Allah juga merancang.. sesungguhnya, sebaik-baik perancang adalah perancangan daripada Allah swt.. insyaAllah.. ku memohon kepadaMU ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk hamba MU yang hina ini.. Amiin Ya Rabb..


