Pilihanraya Kampus Universiti Al alBayt Jordan

4/26/2009 06:02:00 AM 0 Comments »

Sedang mentransfer gambar dari telefon bimbit ke laptop, mataku terlihat gambar-gambar yang saya dan kawan-kawan di hari pilihanraya kampus pada minggu lepas.. serta merta rasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua situasi Pilihanraya di Jordan ini dan lebih khusus di universiti saya ini.. semoga sama-sama kita dapat berkongsi sedikit pengalaman.. ini merupkan pilihanraya yang terakhir saya selama saya di Jordan ini.. insyaAllah..


Seminggu sebelum pilihanraya berlangsung lagi sudah kami dengar desas desus berkenaan dengannya.. terutamanya bilamana Doktor-doktor ingin menetapkan tarikh imtihan untuk mid term.. ramai yang mengatakan tidak mahu imtihan pada hari itu kerana ada pilihanraya..


“Imta biddukum imtihan?” kata doctor.
“thalath wa 3isyrin mumkin..”
tambah doctor.


“La.. la..doktor.. yaum intikhabat..” serentak pelajar arab membangkang.


Tersenyum doctor melihat gelagat anak-anak didiknya. Sememangnya memahami keadaan kami bila ada bertemu dengan tarikh-tarikh penting ini.. Tiba-tiba..
“Lesh ma bisir imtihan fi yaum intikhabat? Syu musykilah?”
jerat doctor kepada kami semua.


Setengah dari kami hanya mendiamkan diri dan ada yang sebahagian lagi yang tetap membangkang..


“Ma bisir doctor.. haram.. yaum intikhabat.. ma fi tullab bilkuliyyah.. la yujad muhadaharah doctor..


Senyuman sahaja yang terukir dibibir doctor.. akhirnya..


“Allahu Yu3tikumul afiah..” doctor keluar tanpa sebarang penetapan tarikh imtihan..


Gembira tak terkata semua di dalam muhadharah pada hari itu.. berderu semua meninggal qo’ah (dewan) kuliyah..


kebetulannya tarikh pilihanraya kali ini jatuh dalam fatrah imtihan mid term kami.. walaupun keadaan tersebut terjadi, semangat untuk terus berpilihanraya tetap dirasakan.. Sedikit tidak meluntur semangat sahabat handai arab kami ini.. kagum juga sedikit dengan semangat mereka..


Sekiranya dilihat dengan mata kasar, sememangnya, mahasiswa/si Malaysia di university saya ini memang tidak berapa merasakan persediaan untuk pilihanraya ini kerana secara keseluruhannya pelajar-pelajar arab yang sangat bersemangat dalam mempersiapkan segala persiapan untuk pilihanraya ini.. Tetapi tidak bermakna kami tidak mengambil berat tentang pilihanraya ini..


Sebelum saya meneruskan berkenaan situasi dan suasana pilihanraya di university saya ini, sedikit maklumat penting yang ingin saya kongsikan pada sahabat-sahabat adalah, kami mahasiswa/wi Malaysia dan semua mahasiswa/si selain daripada Jordan ini dibenarkan mengundi untuk kerusi dibahagian wafidin (orang asing/foreigner).. kerusi ini akan menjawat jawatan sebagai ketua bagi seluruh mahasiswa/wi selain Jordan.. dan beliau berhak untuk menyuarakan apa-apa sahaja yang mahasiswa/wi bukan Jordan ini perlukan dan ingin utarakan pada pihak Universiti.. Kami semua tidak mengundi untuk kerusi di takhasus (Jurusan/major) kami..


Tarikh mengundi tahun ini jatuh pada 23 April 2009 (Miladiyyah) bersamaan 27 Rabi’ul Thani 1430Hijrah.. Hari Khamis.. Waktu mengundi adalah dari jam 9pagi sehingga jam 3petang..


Hmm, mari kita lihat apa yang berlaku sebelum hari mengundi.. Mesti dirindui kenangan ini bila sudah pulang ke tanah air nanti.. dua hari sebelum hari mengundi, kami didatangi oleh beberapa orang sahabat-sahabat arab yang berkempem.. Kami tinggal di hostel universiti, agak senang dan mudah untuk mereka ketemui kami.. lagi-lagi hostel yang mempunyai mahsiswi Malaysia ini hanya dua bangunan sahaja.. Macam-macam yang kami persoalkan dengan calon yang mereka kempen ini.. Tidak kurang juga dengan mahasiswa/wi yang berkempen melalui Yahoo Massenger (YM).. ada juga melalui sms..


Pilihanraya kali ini ada dua calon yang menonjol untuk kerusi wafidin ini..

  • Musa Khalid Muhammad Tultish (Bosnia)
  • Muhammad Na’im Amirah (Palestin)

Ramai dikalangan mahasiswa/wi Malaysia ini berkempem untuk Musa.. Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Mafraq (PRISMA) juga berkempen untuk Musa ini.. Kami mengikut kata Presiden kerana beliau lebih mengenali calon ini bagaimana dan beliau lebih memikir panjang memilih siapa yang ingin dinaikkan untuk sama-sama menjaga kebajikan mahasiswa/wi Malaysia itu sendiri khususnya.. insyaAllah.. Hanya doa yang mampu kami titipkan semoga Allah tunjukkan calon yang selayaknya..



calon yang kami undi..~

Hari mengundi tiba.. ada sahabat-sahabat yang keluar awal mengundi.. saya dan beberapa orang sahabat yang lain keluar mengundi lebih kurang jam 11pagi.. Apabila kami tiba dikawasan mengundi, kami digerumuni oleh para peraih undi ini.. kebanyakkan dari mereka mengedarkan bunga dan kad-kad nama calon.. Prosesnya sangat mudah..


  1. Datang dengan membawa hawiyah (kad pelajar)
  2. Melihat nombor kita pada senarai nama yang dilekatkan di dinding
  3. Menunggu giliran untuk masuk ke bilik mengundi
  4. Masuk dan menunjukkan kad pelajar
  5. Akan diberikan satu kad untuk menulis nama calon
  6. Diletakkan di satu kawasan untuk menulis nama calon (yang agak berlainan sedikit dengan Malaysia adalah di sini kami perlu menulis nama calon yang ingin diundi.. bukan hanya menanda X pada kad undi tersebut)
  7. Memasukkan kad undi ke dalam kotak undian
  8. Jalan keluar bilik.. tawakkalna 3la Allah

Perjalan pulang dari mengundi sempat kami bergambar kenangan suasana intikhobat di Universiti Al alBayt, Jordan ini.. Di bangunan kuliyyah tamrid nampak meriah sekali.. kami pun bergambar sakan di sana.. dan terus ke bangunan kuliyyah syariah serta ke bangunan kuliyyah adab..



suasana di bangunan kuliyyah tamrid(jururawat)..~



suasana di luar bangunan kuliyyah syariah..~


suasana di bangunan kuliyyah adab.. ~ (bangunan kuliyyahku..)


Petang yang dinantikan tiba.. Tiba-tiba telefon bimbit no Malaysia ku berbunyi..


1 new message..


YM dari Presiden..
“Salam.. Alhamdulillah MUSA dari Bosnia menang pilihanraya tadi.. Terima kasih kepada pengundi2.. oleh sebab itu, sila bagi apa-apa cadangan untuk ana sampaikan pada dia sebab minggu depan ana akan berbincang dengan dia personally.. Jom naikkan suara Malaysia di Universiti..”


Dapat saya rasakan semangat dan kegembiraan yang Presiden kami rasakan untuk menjaga kebajikan semua anak-anak buahnya di university ini.. Terima kasih yang tak terhingga untuk Tuan Presiden.. Hanya Allah yang mampu membalas semua jasa-jasa Presiden dan semua pimpinan-pimpinan PRISMA sesi ini..


Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan peranan mahasiswa di dalam pilihanraya.. sebagai mahasiswa yang mempunyai sikap optimis dan kebijaksanaan yang tersendiri terutama kepada golongan yang sudah layak mengundi, menjadikan latihan berpolitik yang mereka jalani di Universiti dan persatuan-persatuan university melalui wadah masing-masing semoga dapat menghasilkan generasi pendokong kepimpinan di tanah air yang segar dan berberwibawa.


Bagaimana pula dengan kata-kata “Hamba (manusia) yang mahu melawan layak mempimpin perubahan?"


Ada dua jenis hamba (manusia) dalam segi ini ; iaitu hamba (manusia) yang masih mahu melawan serta hamba (manusia) yang melihat diri mereka telah dimiliki dan tak mampu untuk berbuat apa satu tindakan pun.. Adalah malang jika pemimpin masa kini berada dalam hamba (manusia) yang kedua. Tetapi, kategori inilah yang kita lihat paling ramai wujud dalam kebanyakan pemimpin kala ini..


Sama-samalah kita berfikir, merenung, mentafsir kata-kata diatas dan seterusnya menjalan suruhan Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103 dan 104 yang mafhumnya berbunyi :


103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.


Wallahu a’alam..

0 comments: