wafatnya Pendakwah Besar ((Syeikh Fathi Yakan))

6/14/2009 12:26:00 AM 0 Comments »

Al Fatihah..
Sabtu 13 Jun 2009, pemergian seorang pemikir Islam, pendakwah besar Islam serta seorang pejuang yang banyak berjasa kepada memperluaskan makna Islam itu sendiri.. Terkenalnya beliau bukan sahaja di tanah lahirnya Lubnan, bahkan pengaruh dakwah yang beliau bawa tersebar ke seluruh dunia..

Beliau juga seorang penulis buku.. banyak di antara buku-buku yang ditulis adalah berkenaan dakwah dan hiraki dalam memperjuangkan gerakkerja Islam.. Antara buku-buku beliau MAZA YA3NI INTIMA'I LILISLAM, Musyakkalat AdDakwah wadDa3iyah, Kaifa Nad3u ilal Islam dan banyak lagi karangan beliau yang banyak membuka mata sesiapa yang membacanya..

Ketiadaan beliau merupakan satu kehilangan yang besar di dalam perjuangan Islam ketika ini.. Semoga ditempatkan bersam-sama para anbiya'.. insyaAllah..

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

SANG MURABBI

6/11/2009 08:24:00 AM 0 Comments »
video

Imam Hasan Al-Banna di dalam risalah, "Ke Mana Kita Menyeru Manusia" mengatakan: "Demi Tuhanmu, wahai saudara yang dimuliakan; adakah umat Islam memahami pengertian ini (dari Kitab Allah) yang menyebabkan jiwa mereka akan menjadi tinggi, semangat mereka akan meningkat malah mereka akan bebas dari belenggu kebendaan. Mereka akan terhindar dari godaan syahwat dan keinginan nafsu serta menjauhi perkara-perkara yang sia-sia dan tujuan-tujuan yang penuh kehinaan. Dengan kefahaman ini mereka dapat meluruskan tujuan dan haluan mereka kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, ikhlas mempertahankan kalimah Allah, berjihad pada jalan-Nya, menyebarkan agama-Nya dan mempertahankan syariat-Nya atau sebaliknya mereka ditawan oleh syahwat dan menjadi hamba kepada kerakusan nafsu serakah. Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut mereka dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, tidur yang nyenyak dan gelaran-gelaran yang kosong".


video

~.. UNTUKMU KADER DAKWAH ..~

6/11/2009 08:11:00 AM 0 Comments »
oleh : KH. RAHMAT ABDULLAH

DOA

Dilantunkan oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Partai Keadilan
Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang diiringi oleh
tetesan air mata hadirin.

Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antar kami
Rukunkan antar hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran terhadap sesama
hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib

Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang menenggelamkan dunia
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang marak menyala
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan laut yang
mengancam nyawa
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan oleh kafir durjana
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu wassalam dari kafir
Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara
murka
Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam, dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan yang ada pada-Mu
karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu Muhammad SAW di
padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang memimpin dengan
kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis dalam sujud
malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati, ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua kekayaan demi
perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami da'i penyeru
iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

[riska-forum-list]

Muslimat Sebagai Daie Masyarakat

6/07/2009 12:06:00 PM 0 Comments »
Assalamualaikum wbt..

Muslimat sebagai daie masyarakat adalah salah satu point penting yang telah diperkatakan oleh Ketua Dewan Muslimat ketika menyampaikan Ucaptama di dalam Mu'tamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 2009 kali ke 41 baru-baru ini..

Ke arah melahirkan muslimat yang diselaputi dengan asas-asas penting di dalam diri, antaranya mujahadah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai daie pada masyarakat.. insyaAllah..

Antara lain perkara yang dikatakan adalah
  • Mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal - Satu kemestian, Kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan, Kepelbagaian latar belakang merupakan pelengkap, Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan, Bersedia menerima teguran pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan..
  • Peranan memantapkan akhlak masyarakat - Agen perubahan, Sifat RasulullahSAW merupakan keperluan manusia sejagat, Umat Islam menjadi contoh pada Masyarakat seluruhnya, Kembali pada cara hidup Islam yang syumul..
  • Membawa masyarakat keluar daripada kemelut kehancuran institusi keluarga - Kembali kepada peranan asal institusi keluarga iaitu melahirkan dan membina umat yang perjuangkan kehidupan yang diredhai Allah swt, Program kesedaran dan pengisian rohani..
  • Mengubah minda wanita Malaysia - Ke arah mencapai kecemerlangan dunia akhirat, Wanita masih berfikiran negatif(duduk dalam zon selesa), Wanita penggerak perubahan di dalam masyarakat..
  • Menguasai politik negara - Memberi sokongan padu dan sentiasa menyumbang di dalam agenda yang membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara, Kesyumulan Islam dapat dinikmati amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja..
  • Peranan dalam penggubalan undang-undang & hala tuju - Peranan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, ahli-ahli akademik, ahli-ahli masyarakat dan pemimpun masyarakat..
  • Menyokong konsep kerjasama politik - Konsep tahaluf siyasi, Persefahaman dan semangat setia kawan, Menunjukkan keperibadian yang dapat diterima dari semua pihak termasuk dari kalangan bykan Islam..
  • Membina generasi pelapis negara - Tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf, Cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin, Memujuk mereka kembai kepada cara hidup Islam, Memantapkan unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan serta bersedia menjadi tempat rujukan, Mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa..
  • Sokongan generasi muda - Generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang melanda, Sama-sama berganding bahu..
  • Muslimat dan agenda kebajikan - Menyedari bahawa rakyat bukan sahaj miskin harta tetapi juga miskin agama..
  • Ketrampilan muslimat sebagai rujukan masyarakat - Menjuarai kerja-kerja pembelaan dan kebajikan, Bersiap dari pelbagai kemahiran dan kebolehan, Mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan..
  • Memansuhkan Akta Rimba ISA - Tiada penjara tanpa bicara di dalam Islam..

"MENYEMARAK KEMENANGAN DAN MENYATU RAKYAT"

.::permata hati ayahanda bonda::.