Muslimat Sebagai Daie Masyarakat

6/07/2009 12:06:00 PM 0 Comments »
Assalamualaikum wbt..

Muslimat sebagai daie masyarakat adalah salah satu point penting yang telah diperkatakan oleh Ketua Dewan Muslimat ketika menyampaikan Ucaptama di dalam Mu'tamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 2009 kali ke 41 baru-baru ini..

Ke arah melahirkan muslimat yang diselaputi dengan asas-asas penting di dalam diri, antaranya mujahadah, berilmu, beriman, beramal, bertaqwa, beristiqamah serta berperanan sebagai daie pada masyarakat.. insyaAllah..

Antara lain perkara yang dikatakan adalah
  • Mengukuhkan kesatuan fikrah dan amal - Satu kemestian, Kesinambungan perjuangan dan tidak lari dari landasan, Kepelbagaian latar belakang merupakan pelengkap, Kejelasan aqidah dan prinsip perjuangan, Bersedia menerima teguran pandangan dan pendapat demi kecemerlangan perjuangan..
  • Peranan memantapkan akhlak masyarakat - Agen perubahan, Sifat RasulullahSAW merupakan keperluan manusia sejagat, Umat Islam menjadi contoh pada Masyarakat seluruhnya, Kembali pada cara hidup Islam yang syumul..
  • Membawa masyarakat keluar daripada kemelut kehancuran institusi keluarga - Kembali kepada peranan asal institusi keluarga iaitu melahirkan dan membina umat yang perjuangkan kehidupan yang diredhai Allah swt, Program kesedaran dan pengisian rohani..
  • Mengubah minda wanita Malaysia - Ke arah mencapai kecemerlangan dunia akhirat, Wanita masih berfikiran negatif(duduk dalam zon selesa), Wanita penggerak perubahan di dalam masyarakat..
  • Menguasai politik negara - Memberi sokongan padu dan sentiasa menyumbang di dalam agenda yang membawa ciri-ciri Islamiyah dalam berpolitik dan bernegara, Kesyumulan Islam dapat dinikmati amal yang berterusan bukan sekadar retorik sahaja..
  • Peranan dalam penggubalan undang-undang & hala tuju - Peranan semakin terserlah dengan lahirnya tokoh-tokoh muslimat di kalangan pengamal undang-undang, ahli-ahli akademik, ahli-ahli masyarakat dan pemimpun masyarakat..
  • Menyokong konsep kerjasama politik - Konsep tahaluf siyasi, Persefahaman dan semangat setia kawan, Menunjukkan keperibadian yang dapat diterima dari semua pihak termasuk dari kalangan bykan Islam..
  • Membina generasi pelapis negara - Tidak menyedari akan perancangan musuh Islam yang menyerang secara gerak saraf, Cara Islam yang mengutamakan pencegahan adalah lebih berkesan dan terjamin, Memujuk mereka kembai kepada cara hidup Islam, Memantapkan unit dakwah, kaunseling, kebudayaan dan sukan serta bersedia menjadi tempat rujukan, Mendesak pemansuhan akta AUKU yang telah mematikan sifat kritis dan kreativiti mahasiswa..
  • Sokongan generasi muda - Generasi muda sudah sedar akan kerosakan dan kehancuran yang melanda, Sama-sama berganding bahu..
  • Muslimat dan agenda kebajikan - Menyedari bahawa rakyat bukan sahaj miskin harta tetapi juga miskin agama..
  • Ketrampilan muslimat sebagai rujukan masyarakat - Menjuarai kerja-kerja pembelaan dan kebajikan, Bersiap dari pelbagai kemahiran dan kebolehan, Mampu meningkatkan kepercayaan pelbagai golongan..
  • Memansuhkan Akta Rimba ISA - Tiada penjara tanpa bicara di dalam Islam..

"MENYEMARAK KEMENANGAN DAN MENYATU RAKYAT"

.::permata hati ayahanda bonda::.

0 comments: