masih ada waktu..~

11/14/2010 06:54:00 PM 0 Comments »
Pengalaman demi pengalaman ku lalui.. masih bergelar pendidik.. berubah angin ke tempat menunaikan amanah yang baru.. :) dalam setahun setengah berada di Malaysia, 3 tempat sudah ku bekerja.. SMK Mambau, SMK Datuk Hj Abdul Samad dan kini di Kolej Uniti..

Mengajar di tempat baru memerlukan semangat yang baru.. corak mendidik yang agak berbeza dari sebelumnya.. dulu mendidik yang berumur lingkungan 13 - 17 tahun, malah kini mendidik yang berumur 18 tahun dan ke atas.. Cabaran menjadi daie bukan mudah.. banyak yang perlu dipelajari dan lebih banyak yang perlu di ambil peduli

Tidak sekadar method dan pendekatan yang digunakan berbeza.. malah, masalah yang wujud juga amat berbeza berbanding dulu.. berhadapan yang mereka yang agak matang dalam kehidupan dan ada juga yang lebih makan garam dari saya kadang-kadang memakan diri sendiri juga.. kadang kala juga permasalahan yang berlaku menegur diri sendiri yang masih lemah dan jahil ini..

Mendekati mad'u bukan perkara mudah sekiranya tiada rasa cinta dan sayang antara da'i dan mad'u.. teori nya hari ini, bila orang yang sudah jatuh cinta pada seseorang mudah untuk mengikutinya, tidak kira sama ada perkara itu baik atau buruk.. maka, boleh kita jadikan kecintaan dan kasih sayang yang wujud di antara da'i dan mad'u itu sebagai wasilah untuk kita mengajak kearah kebaikan sekali gus orang yang sayang dan cinta pada kita akan ikut apa yang kita lakukan..

Kata Imam Hasan Al-Banna :
"Senjata Dakwah Kita Ialah Perasaan Cinta"

Jangan mudah mentafsir apa yang saya katakan di atas.. rasa cinta dan kasih sayang itu perlulah dibentuk dalam suasana yang diredhai Allah.. Bukan perasaan cinta di antara lelaki dan perempuan yang saya perkatakan.. malah ia lebih kepada yang sama jantina.. atau bahasa mudahnya lelaki sama lelaki, perempuan sama perempuan.. =)

********************************************************

Firman Allah Taala:
Maksudnya: "Serulah ke jalan Tuhanmu ( Wahai Muhamad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk."
( Surah Al-Nahl : 125 )

Ayat ini menerangkan tiga 'method' (cara) berdakwah ke jalan Allah, Iaitu:-
  • Hikmah
  • Nasihat yang baik
  • Perbincangan dengan cara yang lebih baik

Pengertian Hikmah

"ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ"

a) Dari segi bahasa, ada 9 pengertian
  • Keadilan
  • Tahan marah
  • Kenabian
  • Sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan
  • Tiap-tiap perkataan yang bertepatan dengan yang hak (kebenaran)
  • Meletakkan sesuatu pada tempatnya
  • Perkataan yang betul dan tepat
  • Sesuatu yang menegah berlakunya kerosakan
  • Mengetahui sebaik-baik perkara yang sebaik-baik ilmu.
b) Menurut Ahli Tafsir
  • Al-Quraan ini mengikut tafsir Al-Syeikh Al-Tabarasri dalam tafsir al-bayan.
  • Perkataan yang betul dan tepat; iaitu dalil yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan iaitu pendapat al-zamaksyari dalam kitab tafsirnya al-kasyaf.

Method Hikmah

Berdasarkan keterangan di atas, ' Method hikmah dalam berdakwah ' dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
a) Hikmah yang berhubung dengan sifat-sifat pendakwah seperti:
  • Kenabian (sifat yang khusus kepada Nabi-nabi/Rasul-rasul).
  • Keadilan
  • Meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  • Tahan marah
  • Sesuatu yang tidak memperlihatkan kejahilan, iaitu ilmu pengatahuan dan pengalaman yang luas.
  • Pengetahuan yang sebaik-baiknya, sebenarnya, seorang pendakwah hendaklah menghayati sifat-sifat nabi
b) Hikmah berhubung dengan isi kandungan dakwah iaitu:-
  • Al-Quraan
  • Setiap perkataan yang bertepatan dengan yang haq (kebenaran)
  • Dalil -dalil yang tepat yang menerangkan kebenaran dan menghilangkan keraguan
c) Hikmah yang berhubung dengan alat dan strategi dakwah, iaitu:-
  • Sesuatu yang dapat menegah berlakunya kerosakan
  • Sesuatu yang dikaitkan betul-betul pada tempatnya.

Al-Mauizah Al-Hasanah ( Nasihat yang baik )

Nasihat yang baik itu ialah:
  • Nasihat yang menghindar manusia dari keburukan dengan cara menimbulkan kegemaran dan perangsang untuk meninggalkannya dan menanam rasa tidak mahu melakukannya. Cara ini dapat melembutkan hati manusia yang akan membawa kepada rasa khusyu'.
  • Nasihat yang dirasai oleh para pendengar bahawa nasihat itu untuk kebaikan mereka.
Setengah ahli tafsir berkata nasihat ialah:-
  • Nasihat yang disampaikan dengan lemah lembut.
  • Meresap dalam hati yang halus dan mendalam
  • Menusuk kedalam jiwa yang lembut
  • Menimbulkan kesedaran dalam diri manusia
  • Dengan penuh kasih sayang
Berbincang dengan cara yang terbaik

Perbincangan yang diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran tanpa dirasai menyerang akidah. Dalam perbincangan hendaklah diusaha supaya peserta perbincangan merasai sama-sama bertanggungjawab menuju kepada kebenaran. Begitu juga hendaklah menghormati fikiran dan peribadi peserta yang lain. Perbincangan hendaklah dilaksanakan dalam keadaan tenang. Sifat sombong dan menjaga imej diri sendiri hendaklah dihindarkan semasa perbincangan . Begitu juga hendaklah diusahkan supaya peserta tidak merasai diri mereka ditekan.


*******************************************************


"Aslih nafsak wad'u ghairak"
telah berkata Allayarham Syeikh Mustapha Masyur yang bermaksud:
"Perbaiki diri kamu sambil ajaklah orang lain"

Bukan senang untuk jadikan diri istiqamah dalam bidang dakwah ini.. melainkan kita perlu ingat-mengingati antara satu sama lain.. syaitan sentiasa bersedia untuk menghancurkan manusia.. pantang alpa, pasti ada padahnya..

Tidak boleh dinafikan, terkadang hasutan syaitan hidup dalam diri.. rasa diri futur dan lemah.. namun, jangan sesekali biarkan diri terus dalam kebelengguan yang merimaskan.. yang mana, nampak maksiat dan kemungkaran di depan mata, tetapi, masih membiarkan.. dan tanpa rasa bersalah hal itu berlaku.. walhal, itu yang selama ini kita mahu jauhkan dari diri kita.. kenapa perlu biarkan orang lain melakukan begitu saja.. sama-sama hidup di dunia hanya ingin mencari REDHA ALLAH..

Introspeksi itu perlu untuk meneruskan dakwah agar lebih licin dan berkesan.. bukan mudah untuk jadi mudah dan bukan susah untuk jadi susah.. agar setiap langkah hidup di dunia ini semata-mata mencari Rahmat , Cinta dan Redha Allah..

"Senyum Dai'e Menuju Mad'u"

"Saat KEKALAHAN itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan, dan saat KEMENANGAN itu bermula apabila kamu melawan kelemahan itu."

0 comments: