~...marah vs sayang...~

8/11/2009 01:03:00 AM 0 Comments »
Tetiba saja tajuk ini bermain difikiranku.. huhuhu.. pelik-pelik.. takkan tetibe saje kan??? semestinya, ada kisah disebaliknya...

Alkisahnya..
Hari ini di kelas terakhir, dua masa sebelum balik.. hmm, kelas ku hari ni kami tukar angin belajar di surau yang terletak di bangunan bertentangan dengan bangunan pentadbiran.. Sedangku mengajar, seperti biasa, ada yang memberi perhatian dan ada yang masih tidak mengenal erti pentingnya ilmu di dalam kehidupan seharian mahupun untuk diri mereka sendiri..

Dipertengahan waktu ku mengajar, masuk seorang guru yang ingin solat.. bahagian untuk solat telah disediakan dan tidak mengganggu kelas yang berjalan.. sedang asyik menulis soalan latihan untuk tajuk yang diajar hari ini, tiba-tiba, cikgu tersebut meminta izin kepadaku...

"Kejap ye ustazah.." kata cikgu itu kepadaku..

dengan anggukan kepala ku diamkan diri..

"Kamu ni kadet polis kan? Suara kamu yang saya dengar dari tadi bising.. Kamu jangan masuk kadet polis lagi selepas ini.. kadet polis pun masih berperangai begini.. ustazah terangkan kat depan, kamu bising main kat belakang.." cikgu tersebut memarahi salah seorang anak didikku sambil itu satu tamparan hinggap di tepi muka anak didikku..

ku hanya mendiamkan diri.. kesian pun ada dengan anak didikku.. ku kuatkan semangat.. dengan tamparan ini juga merupakan satu proses pengajaran untuk mendidik diri menjadi seorang MANUSIA.. merah telinga anak didikku itu..

selepas sahaja cikgu tersebut beredar, ku terus menjernihkan keadaan dengan berkata kepada anak-anak didikku..

"Cikgu marah tanda ape???"

"Sayanggggggggggg.." anak didikku menjawab..

CIKGU MARAH TANDA SAYANG...
Ku memujuk anak didikku supaya tidak mengulangi perkara itu lagi.. doa ku panjatkan semoga anak didikku mendapat pengajaran atas apa yang berlaku hari ini.. dan ku berdoa, semoga kesabaranku terus tinggi di dalam mendidik anak-anak didikku ini.. insyaAllah.. amiin..

****************************************
Orang yang PEMARAH ada empat kategori :-

1) Lambat marah... cepat hilang kemarahannya...

2) Cepat marah... cepat hilang kemarahannya...

3) Lambat marah... lambat hilang kemarahannya...

4) Cepat marah... lambat hilang kemarahannya...

Yang paling baik adalah lambat marah, cepat hilang kemarahannya..
Yang paling buruk adalah cepat marah, lambat hilang kemarahannya...

p/s : Jauhilah sifat marah... Banyakkan istighfar dan sentiasalah berada di dalam keadaan berwudhu'..

ليس الشديد بالصرعة . انما الشديد الذي يملك نقسه عند الغضب
رواه البخاري و مسلم

maksudnya : Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah..
(riwayat Bukhori dan Muslim)


.:: permatahati ayahandabonda ::.

0 comments: