hari pertama di sekolah..

8/06/2009 03:37:00 AM 0 Comments »
Alhamdulillah, sedangku mengadap komputer dan internet semalam, ku mendapat panggilan dari Jabatan Pelajaran N.Sembilan (JPNS) Unit Sekolah Menengah, untuk hadir esok mengambil surat dan terus melaporkan diri di sekolah yang berkenaan..

Fikiranku melayang terbayang wajah-wajah anak murid yang bakal ku hadapi esok.. pelbagai idea datang menyepa..

Malam nisfu syaaban...
Hanya doaku panjatkan semoga dipermudahkan segala urusan esok hari..

Pukul 9.15pagi ku sampai di sekolah selepas mengambil surat di JPNS Seremban.. Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau adalah di mana ku ditempatkan.. Alhamdulillah, setelah selamat melapor diri, ku mendapat layanan yang baik dari semua pihak, dari bahagian pentadbiran sampai lah ke guru penolong kanan yang telah menunjukkan meja ku.. guru-guru yang ada juga peramah dan banyak membantu serta tidak sekali lokek untuk memberi bantuan lebih-lebih lagi semuanya tidak lokek dengan senyuman.. :)

Yang lucu nya, mereka berkata, sebahagian kelas yang bakal ku ajar ini adalah kelas yang 'sangat cantik'.. huhu.. banyak tunjuk ajar yang diberikan.. ada yang menyuruh saya lebih tegas kepada mereka.. :) berdebar pula rasanya.. doa juga yang ku panjatkan dipermudahkan sebentar lagi..

Selepas rehat ku mula masuk ke kelas selepas mendapat sedikit tunjuk ajar dari ketua panitia Ust.Siti Hawa.. terima kasih cikgu.. :) ku mengajar subjek Pendidikan Islam untuk tahun 1&2.. 24waktu seminggu..

Kelas yang pertama ku masuk adalah 1M dan 1Y.. kelas yang sangat mencabar.. lebih-lebih lagi ramai di dalam nya yang ku kenal.. anak-anak murid ku di SAR taman ku dahulu yang pernah ku ajar sewaktu ku balik bercuti.. hari pertama jumpe cikgu baru, Alhamdulillah, mendengar kata.. huhu.. walaupun ada juga segelintir yang kurang berminat.. semoga ianya memberi ku semangat untuk terus mendidik..

Kelas yang seterusnya, 2A dan 2G.. kelas yang agak mudah dikawal.. Alhamdulillah.. tetapi, ramai yang tidak bawa buku kerana mereka jangkakan tidak ada guru yang mengajar.. bayangkan 2bulan mereka terhenti belajar Pendidikan Islam kerana ustaz asal yang mengaja dah sambung belajar.. hmm, banyak juga pelajaran yang tertinggal.. ku berdoa untukku mampu terus mendidik mereka sehabis baik.. insyaAllah..

1D dan 1C tidak terlalu banyak kerenah.. ditegur sekali ikut.. :) dan kelas yang terakhir ku mengajar hingga tamat waktu sekolah adalah kelas 1H/1J.. kelas ni lama sedikit, 2 waktu.. ku pun mencari-cari idea untuk kelas tidak terus dalam kekecohan.. di dalam kelas ni ku mula mengajar bab Akhlak..

hmm, sedikit lucu di dalam kelas ni.. akibat daripada ramai yang ku kenal dikebanyakan kelas yang ku ajar, termasuk juga di dalam kelas ini.. ku mengajar bab "Adab Kepada Ibu Bapa".. ku meminta mereka bertanya kepada ibu mereka semua bagaimana diri mereka sewaktu kecil? Ada seorang daripada mereka berkata kepadaku,

"ustazah, nanti saya tanya ust.zainab(ibuku) macamana ustazah masa kecil-kecil dulu.." dengan senyuman yang meleret sampai ke telinga..

tak mampu ku menahan tawaku.. hihihi.. terbayang kenakalan ku diwaktu kecil.. :D mereka juga mengenal ibuku kerana ibuku juga merupakan pendidik di SAR di taman ku.. hmm, macam-macam..

Tepat jam 2.38petang ku lepaskan anak-anak didikku.. Yang perempuan terus mendapatkan ku untuk bersalaman.. :) hari yang seronok.. Alhamdulillah..

.:: permatahati ayahanda bonda ::.

0 comments: