hari ini di dalam sejarah hidupku..~

7/31/2009 09:02:00 AM 0 Comments »
31 Julai 2009..
hari ini di dalam sejarah hidupku..

jam ku lihat menunjukkan pukul 5pagi.. mak kejutkan ak utk pegi ke hospital ziarah arwah induk selepas menerima panggilan dari kakak ayah aku yang berjaga di hospital menemani indukku.. masih dalam keadaan mamai ku kuatkan diri bangun bersiap untuk ke hospital..

arwah indukku hampir 3minggu duduk di hospital.. hampir sama tempohnya dengan tempoh ak sampai di Malaysia.. sebelum ini dimasukkan hospital tahun lepas, masa yang sama juga ketika aku balik bercuti dan arwah memintaku menemaninya di hospital..

dini hari dalam sejarah ku melihat orang menghembuskan nafas terakhir depan mataku sendiri.. sambil kalimah syahadah dibisikkan ke telinga.. arwah indukku sendiri.. innalillahi wainna ilahi raji'un.. kullu nafsin zaaiqatul maut..

Ya Allah, Kau tempatkan lah arwah bersama-sama dengan para solehat Ya Allah.. Kau ampunilah segala dosa-dosanya Ya Allah.. Kau rahmatilah dirinya Ya Allah.. Berkatilah setiap perjalanan hidupnya Ya Allah.. Hanya pada-Mu ku berserah Ya Allah..

dari mula sampai hinggalah arwah menghembuskan nafas yang terakhir, tidak kering airmataku melihatnya.. banyak menginsafkanku dan mengingatkan ku tentang MATI itu makin hampir.. Alhamdulillah, pemergiannya sungguh tenang sekali.. bersih wajahnya.. dan ku bersyukur hanya pada-MU, arwah meninggal pada hari Jumaat, Raja segala hari.. Alhamdulillah..

Ya Allah, kau matikanlah kami di dalam agama-MU ya Allah.. matikan kami di dalam iman Ya Allah.. amiin Ya Rabbal 'Alamin..

Arwah sangat rapat dengan semua anak-anak buahnya.. sering berjenaka apabila kami berkumpul.. kenangan bersamanya sering terukir dibenakku..

Arwah meninggalkan seorang suami dan seorang anak.. Ya Allah, Kau berikanlah mereka kekuatan Ya Allah.. Kau lapangkanlah hati kami semua menerima ketentuan-MU ya Allah.. Kau campakkanlah rasa keinsafan di dalam diri setiap sanak saudaraku Ya Allah.. Hanya pada-MU ku berserah dan hanya pada-MU ku memohon pertolongan.. AMIIN...

.:: permatahati ayahanda bonda ::.

0 comments: