transit di Kuwait...~

7/15/2009 08:15:00 AM 0 Comments »
4 tahun yang dirasakan bagaikan baru semalam tiba di airpot Queen Alia, Jordan.. kenangan manis dan pahit yang tidak dapat dan tidak akan dilupakan..

Kenangan bersama-sama di sakan.. bermula dengan tahun satu di sakan satu dan berakhir di sakan empat..

Di sakan satu, aku yang mengucapkan selamat berjuang di tanah air pada senior-senior ku.. tapi, kali ini, junior-junior yang mengucapkan padaku.. begitu rasanya selama ini.. perasaan ini tidak akan sama dengan perasaan yang lain..

15 Julai,
tarikh keramat.. aku dan kak najwa akan meninggalkan bumi jordan yang mengandungi berjuta-juta kenangan.. perasaan berbaur.. sedih.. pilu.. suka.. seronok.. bakal kerinduan.. dan pelbagai lagi perasaan yang mendatang..

Ku bernekad untuk tidak menangis di airport, Alhamdulillah, berjaya ku tahan.. huhu.. sedikit masalah dengan berat barang-barang kami, Alhamdulillah, berjaya diselesaikan tanpa sebanrang bayaran.. Alhamdulillah.. tapi, muamalat dengan arab inilah paling tidak dapat ku lupakan.. macam-macam perangai.. duit for everything.. huhu.. (minta maaf banyak2 ye arab) huhu

sebaik tiba di dalam flight, perasaan sedih dan rindu tidak dapat lagi ku bendung.. lelehan airmata bermula.. :-(

Entah bila ku terlelap.. sapaan pramugari mengejutkan ku..

"fish or chicken?"

ku dengan sedikit terkejut, terus menjawab..

"chicken." itu lah yang aku katakan pada k.najwa sebelum ku terlelap entah bila..

Alhamdulillah, sampai di hotel, rehatkan diri..
Semoga selamat sampai di Malaysia..InsyaAllah.. Ya Allah, Kau kuatkan lah hati kami..thabatkan kami di dalam perjuangn..amiin..


TERUSKAN PERJUANGAN

Sekian Lama Kita Bersama
Berkasih Bercinta Sesama Kita
Segala Dugaan Yang Menimpa Kita...
Iman Dan Taqwa Menguatkan Kita

Tiba Masanya Perpisahan Kita
Kedatangannya Mendebarkan Jiwa

( korus )
Kita Hanya Mampu Untuk Merancang
Tetapi Allah Yang Menentukan

Teruskan Perjuangan Dan Terus Berkorban
Meskipun Kita Akan Berjauhan
Teruskan Perjuangan dan Terus Berkorban
Demi Menegakkan Islam

Manisnya Ketika Berjuang Bersama
Suka Dan Duka Dirasa Bersama
Kini Semuanya Tinggal Kenangan
Tiada Mungkin Akan Berulang

Berpisah Di Mata Di Hati Jangan
Moga Perpisahan Diredhai Tuhan....

http://www.youtube.com/watch?v=Eu9v6KUZupY&eurl=http%3A%2F%2Fwww.video4viet.com%2Fwatchvideo.html%3Fid%3DEu9v6KUZupY%26title%3DTeruskan%2520Perjuangan&feature=player_embedded

.:: permatahati ayahanda bonda ::.

0 comments: