bersyukur..~

7/02/2009 02:48:00 PM 0 Comments »


salam..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.. Tanggal 30 Jun 2009 adalah merupakan tarikh keramatku dan kawan setelah 4tahun mengharungi pelbagai dugaan dan halangan di bumi Jordan ini.. Majlis Konvokesyen kami berlangsung dengan begitu meriah sekali walaupun pada mulanya kesedihan menyelubungi kerana ketiadaan keluarga di sisi untuk sama-sama meraikan hari yang bermakna untukku ini..

Tepat jam 4.45petang, ketika menunggu nama dipanggil utk disusun ikut susunan barisan, telefon bimbit yang dipegang, tangan laju mendail ke nama MY MUM..

"Assalamualaikum Darling.." itulah perkataan yang pertama sering ku dengari bila mak ditalian..

"Waalaikumussalam wbt.. mak sihat?" jawab dan soalku menahan sebak..

"Alhamdulillah, ana bikher.." balas mak.. masih ingat apa yang dipelajari semasa sekolah dulu..

"Mak, hari ni saya convo.. sedihni.. takde orang nak bagi bunga.. hahahaha.." sama-sama ketawa..

"Ha, nak ambik bunga ni cepat.. dari mak.." seloroh mak dari talian..

Ku hanya menahan air mata dari mengalir.. terus ku cepatkan perbualan kerana muwazzof telah memanggil namaku..

Hari dan kenangan yang tidak akan ku lupakan.. Ijazah pertama yang telah ku peroleh.. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan.. akhirnya berjaya ku menghabiskannya dengan taqdir yang mampu untuk ku tersenyum.. :)

Terima kasih mak, ayah, a.apis, a.ayosh, adik dan sahabat2 semua yang banyak membantuku untuk terus berjuang untuk mencapai ijazah pertama ini.. Jazakumullahu khairan jaza'.. hanya Allah yang mampu membalas segalanya..

Alhamdulillah.. Hanya pada-MU ku berserah..


barisan depan dari kiri : timah, aulah, k.qilah, k.juju, k.atie, aku, k.yam & k.ida

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

0 comments: