~..bainal syahrain..~

9/15/2009 09:53:00 PM 0 Comments »
ku bertanya pada diri ini
apakah erti menyambut Syawal
jika dalam Ramadhan daku terleka
gagal merebut rahmat yang melimpah
alpa dengan kesenangan dunia

antara Ramadhan dan Syawal
penuh rahmat penuh berkat
perginya Ramadhan
kenapakah aku girang?
adakah kerana datangnya Syawal
bersama aku menyambut kemenangan
benarkah aku sudah menang?
layak kah aku mendabik dada
lantang menyahut takbir yang bergema
tanda Syawal sudah menjelma
padahal
Ramadhan yang pergi
tidak ku kesali

layak kah aku berpakaian baru?
sedangkan tiada pasti pakaian aku
di sana nanti mungkin dari api
layak kah aku menikmati juadah?
sedangkan tiada pasti makanan aku
di sana nanti mungkin dari duri

sedar ku mungkin terlambat
Ramadhan sudah pergi
dan aku pasti menanti
selagi belum tertutup pintu taubat
penuh tekad penuh janji
sabar menunggu Ramadhan kembali
moga bertemu bulan seribu rahmat
agar boleh ku kecapi
erti sebenar menyambut Syawal



RAMADHAN DIA ZAMAN

Ramadhan, satu nasib tak serupa,
Peluangnya sama, natijah berbeza.

Ramadhan mereka, gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa, di awal zaman.
Ramadhan kami, malang terbuang,
Muslim berdosa di akhir zaman.

Mereka gembira, kerana kedatanganmu,
Kami gembira, dengan pemergianmu.
Malam mereka meriah, disimbah nur Al-Quran,
Tapi malam kami, muram berkabung dengkur.

Mereka berlumba mengejar makrufat,
Tapi kami, lesu diburu nafsu,
Hati mereka, bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami, gelap didera dosa

Takbir mereka, takbir kemenangan
Hadiah mujahadah, sebulan Ramadhan
Takbir kami, lesu tak bermaya
Tanda kalah, lemah tak berdaya

Puasa sekadar, lapar dan dahaga....

  • Para sahabat Nabi bergembira dengan kedatangan Ramadhan dan menyambutnya dengan takbir dan tahmid, riang. Kita berdukacita dengan kemunculan hilal Ramadhan dan menyambutnya dengan letupan-letupan mercun dan pesta makanan serta asap. Di manakah diri kita berada? Adakah kita layak digelar pengikut dan umat Muhammad?

"Ya Allah! Berikanlah daku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah daku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku daripada segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat yang Maha Dermawan daripada semua dermawan..."


"Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih dan semua pengasih..."

0 comments: