mengapa begitu sombong??

5/06/2011 04:32:00 AM 0 Comments »
sumber

Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar. Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil.

Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.

Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.

Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata

"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."

Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:

"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."

Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.

Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.

Mereka perlukan para daie yang berani menegur dan menasihati..


***************************************************************

Artikel yang saya baca ini sangat menyentuh hati saya.. Mengapakah kita begitu sombong??? Kita perlu bersyukur kerana ada orang yang sudi nak menegur kesilapan dan kesalah yang kita lakukan sama ada kita sedari ataupun tidak.. Kita juga perlu sedar bahawa dengan teguran atau nasihat yang kita terima membuktikan kasih sayang Allah pada kita..

Bangunlah semua dari tidur yang nyenyak ini!! Kita bukan siapa-siapa yang kita nak meninggi diri sebegini rupa.. Allah Maha Kuasa.. Apakah salahnya jika kita menerima sesuatu teguran atau nasihat itu dengan hati yang terbuka.. pahit atau manis kita terima dulu semuanya.. kemudian, kita muhasabah diri kita semula.. jika benar apa yang diperkatakan, kita ambil tindakan untuk berubah.. Jika apa yang diperkatakan sebaliknya, kita terima juga sebagai pengajaran dalam diri kita..

Tapi, mengapa teguran atau nasihat yang diberikan itu kasar??? Ya, kadang kala kita terasa hati dengan si penegur atau si pembari nasihat.. kadang kala juga, kita salah tafsir atas teguran yang diberikan itu.. kadang kala juga, penasihat sudah pun berkata sebaik mungkin, tetapi tetap dikatakan kasar.. semuanya ini berbalik kepada diri kita sendiri.. jika wujudnya sikap lapang dada dalam diri kita, perkara ini akan menjadi lebih mudah.. semuanya di positifkan terlebih dahulu.. ini yang terbaik.. insyaAllah..


Sama-sama kita terus menjadi penasihat dan penegur.. dan jangan lupa bahawa kita berhak dinasihati dan ditegur.. Jangan berputus asa.. Jika bukan kita yang mahu laksanakan ajaran Islam, siapa lagi??? jika kita tidak mulakan sekarang, bila lagi??? smoga segala amalan dan ibadah kita mendapat redhaNYA.. insyaAllah..

0 comments: