peperangan jiwa :)

4/25/2009 08:08:00 AM 0 Comments »
Peperangan jiwa sering berlaku bila bertembungnya keinginan/kemahuan kita dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan.. macam suspen je bunyinya.. :)

Lagi 5 hari..
KARISMA (Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia seJordan) akan berlangsung.. bahang KARISMA makin terasa.. pelbagai perasaan muncul dalam diri.. perasaan tidak sabar.. gementar.. takut.. suka.. sedih.. riang.. dan pelbagai lagi perasaan yang muncul..


logo KARISMA

Hmm.. KARISMA adalah satu program yang akan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) jalankan pada 30 Mei hingga 2 Jun 2009 ini.. Ia merupakan salah satu acara yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa Malaysia di Jordan.. 'Saya Datang Kerana Ukhwah' adalah motto yang digunakan semata-mata untuk merapatkan ukhwah di antara mahasiswa seluruh Jordan.. semoga objektif dan motto KARISMA ini tercapai.. insyaAllah..


warna untuk zon MAFRAQ..

Bukan ini ingin ku sampaikan sebenarnya.. tetapi adalah komitmen yang akan ahli tunjukkan dalam menjayakan KARISMA kali ini.. inilah yang aku risaukan.. zon kami merupkan zon yang kedua mempunyai bilangan ahli akhawat yang sedikit jika ingin dibandingkan dengan Irbid dan Mu'tah.. Bilangan akhawat yang boleh bermain juga agak kurang.. secara keseluruhannya, ramai di antara peserta yang menyertai dua acara.. ini juga serba sedikit akan menimbulkan sedikit masalah ketika perlawanan bermula..

aku bukanlah ketua kontinjen untuk risau sebenarnya, tetapi perasaan itu wujud bila mana 2 hari lepas ada seorang kawan yang ingin menarik diri dari menyertai pertandingan dalam KARISMA atas alasan peperiksaan mid term yang sedang berjalan sekarang..

Tiba-tiba ku ditegur seseorang...
"hmm.. xxx, saya ada 2 exam 3hr bulan 5 ni.. boleh tak jika saya ingin menarik diri?"

Aku hanya menjawab sekadarnya walaupun sedikit kecewa bila mendengar permintaannya..

"xxx tak boleh nak bagitahu apa-apa.. awak minta izin dari xxx ya.. dia yang uruskan semua nama peserta.."

Sebenarnya, dari awal pertemuan jurulatih, ketua kontinjen dan para peserta akahwat telah kami inform bahawa, sememangnya, KARISMA ini akan berlangsung ketika peperiksaan mid term turut sama berjalan.. jadi, kami memesan kepada semua untuk bersiap sedia dalam semua perkara yang akan terjadi pun kita tetap akan terus berjuang untuk KARISMA kali ini.. hmm, sekarang seorang sudah menarik diri.. tarikh pertandingan lagi 5 hari.. ini yang merisaukan..

Bukan aku seorang sahaja yang merasakan perasaan itu.. ketua kontinjen juga aku lihat dari riak wajahnya turut merasakan nya.. Doa sentiasa dipanjatkan pada Ilahi moga dipermudahkan segala urusan sepanjang KARISMA ini berlangsung.. insyaAllah.. amiin..

Pengorbanan yang diperlukan sekarang ini.. Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan yang kita lakukan.. Semoga sama-sama memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.. insyaAllah.. amiin..


Majlis Penutup KARISMA 08..


kontijen Mafraq yang kekurangan ahli... :)

0 comments: