.:: kesempurnaan milik ALLAH ::.

4/29/2009 04:34:00 AM 2 Comments »
Seseorang atau individu yang mempunyai perasaan atau wujud dalam dirinya untuk lebih dekat dengan kebaikan dan kesempurnaan adalah bermakna individu tersebut mempunyai kesan terhadap Tarbiyyah Islamiyyah yang merupakan suatu pembentukan syakhsiah insaniah yang telah digariskan oleh dua intrumen yang paling utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah..


"الاسلام يعلو و لا يعلى عليه"
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya..


Merasakan diri benar-benar lemah apabila berhadapan dengan kekuasaan Allah SWT juga merupakan kesan daripada pentarbiyahan..

Contoh yang dapat saya utarakan di sini mengikut situasi saya sebagai seorang mahasiswa adalah ketika mana saya di dalam fatrah peperiksaan.. Peperiksaan adalah satu kaedah untuk membuktikan kita mampu atau tidak menguasai subjek itu serta memahami atau tidak apa yang terkandung di dalam sesuatu subjek itu.. Saya bawakan pendekatan yang lebih dekat lagi dengan diri saya..

Hari ini saya telah menerima natijah imtihan untuk satu subjek yang sedang saya ambil semester ini.. natijah ni bukan natijah final lagi.. tapi untuk mid term ni.. Alhamdulillah.. tersenyum melihat natijah itu.. ada dua orang lagi kawan saya yang bersama-sama mendapat natijah pada hari ini.. seorang daripada kami dapat markah kurang satu dari dua orang yang lain.. sama-sama tersenyum sambil bertukar-tukar kertas jawapan..

Dalam perjalanan pulang, seorang daripada kami telah berkata..

"hmm, kadang-kadang kita telah berusaha sebaik-baiknya.. dan kita merasakan telah menjawab soalan sebaik-baiknya.. tetapi natijah yang kita mahukan masih tidak mencapai target yang kita mahukan.."

Kami bertiga senyum sambil berpandangan..

"itu bermakna kesempurnaan adalah milik Allah.." sambung seorang daripada kami..

Dapat saya fahamkan maksud itu adalah sehebat mana pun yang kita rasakan dalam usaha yang telah dilakukan.. bila mana masih diuji dengan pelbagai rintangan adalah membuktikan kita masih tidak sempurna.. Allah masih menguji keimanan kita.. Allah lah yang mempunyai keseluruhan kesempurnaan itu.. letakkan lah tawakkal kita tinggi pada Allah.. serta bersangka baik lah pada Allah dalam setiap detik hidup kita ini.. insyaAllah.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui..

Kita sama-sama lihat di dalam satu hubungan persahabatan.. Sememangnya kita tidak akan dapat sahabat yang sempurna dari segala segi.. Setiap manusia mempunyai kelemahan diri sendiri.. kita hanya mampu melengkapi antara satu sama lain.. menjadi penguat antara satu sama lain.. Jadi, letakkan kesempurnaan itu pada Allah semata-mata..

Jangan lupa seperkara lagi, kesempurnaan itu sememangnya sukar itu kita capai.. tetapi, ke arah untuk mencapai kesempurnaan itu adalah wajib bagi setiap Muslim.. contoh lain untuk penyataan tadi ialah di dalam pengurusan jenazah adalah fardu kifayah.. jika seorang telah melaksanakan pengurusan jenazah di dalam sesuatu kawasan itu, maka terselamatlah masyarakat disekelilingnya.. tetapi, kaedah atau pembelajaran untuk menguruskan jenazah itu adalah wajib bagi setiap individu untuk mengetahuinya..

Maka, janganlah sifat lepas tangan dan membuat sesuatu perkara itu seperti melepaskan batuk di tangga wujud dalam diri kita.. sama-sama bergerak ke arah menegakkan Islam..
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH
BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING

Kehidupan Rasulullah SAW merupakan penterjemahan dan penghayatan apa yang digariskan oleh Allah SWT.. Contohilah keperibadian Rasulullah SAW.. Jika kita tidak mampu buat semuanya, janganlah kita tinggal semuanya..

Berkata Saidatina Aisyah RA,

كان خلقه القرآن
(riwayat Imam Muslim)



wallahu a'alam..

.:: permata hati ayahanda bonda ::.

2 comments:

ZahirahzahiD said...

Sokong Alang dengan penulisan ni..
'Kesempurnaan Milik Allah'...

Saya suka untuk katakan ini..
'Kita Jaga Hak Allah, Allah Jaga Hak Kita'

Janji Allah itu pasti.. =)

hayiwadalutaibar said...

Setuju dengan sangat pernyataan awk tu wahai adikku yg gemukk.. :-)