kami pulang dengan UKHUWAH..

5/03/2009 08:07:00 AM 0 Comments »
Alhamdulillah.. 3 hari 2 malam berkampung di Mu'tah untuk sama-sama memberi komitmen di dalam program yang dijalankan oleh MPPMJ.. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat..

Tarikh 30 April hingga 2 Mei ini membuktikan keberkesanan/pencapaian terhadapat tema yang telah digembar gemburkan selama ini iaitu KAMI DATANG KERANA UKHWAH...

Secara jujurnya, kontijen Mafraq pada tahun ini kurang bernasib baik.. insyaAllah, akan cuba yang lebih baik untuk tahun depan.. insyaAllah.. tapi, kami tidak pulang dengan tangan kosong.. Ukhwah yang dijanjikan dapat kami bawa pulang bersama-sama..

Gambar di KARISMA belum dapat di upload lagi.. insyaAllah.. akan muncul nanti.. :)

Ukhwah yang dicari selama ini.. Apa erti ukhwah yang sebenar?

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"

رواه البخاري
“Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.”

Ukhuwah merupakan ikatan hati dan jiwa melalui ikatan yang paling mahal daripada ikatan-ikatan yang lain.. Ia bukanlah percakapan di lidah semata-mata dan bukan merupakan suatu percakapan yang kosong semata-mata.. Berukhuwah merupakan salah satu cabang iman dan merupakan saudara kepada keimanan.. Perpecahan pula merupakan saudarau kepada kekufuran..

Sepertimana yang kita sudah maklum bahawa kekuatan umat Islam itu adalah daripada PERPADUAN.. malahan kita lihat hari ini perpaduan/ukhuwah ini tidak wujud/tidak lahir dalam diri sebilangan daripada kita hari ini..

Ukhuwah terbentuk bila mana wujudnya kasih sayang yang semata-mata kerana Allah dan sekurang-kurangnya peringkat ukhuwah itu adalah berlapang dada serta setinggi-tinggi ukhwah adalah mengutamakan sahabat-sahabatnya terlebih dahulu daripada dirinya sendiri...

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :

“Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertelagah. Bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu dirahmati oleh Allah.”



wajah-wajah yang bakal dirindui..~

0 comments: